Saturday, December 25, 2010

Jom try buat waffle

Beberapa ari lepas, hana teringin makan waffle cam dekat pasaraya tu. Nie terpengaruh cerita chipmunks la nie. Tengok chipmunks tue nyorokkan waffle bawah carpet dan makan waffle yang penuh berkrim tu. SEDAPNYEEEER!! Adoi tiba2 ngidam. Patu esoknya hana pun pergilah google2 resepi waffle. Wffle coklat ada, waffle biasa ada and waffle simple pun ada. Hana tengok resepi tu. "Eh! betul ke resepi dia mcm nie". Macam tak percaya. Nampak cam kompilkated tapi senang je. hehehe. Hana ckplah kt adik hana yang umur 10 tahun tu, "Adik pun leh wat dik". Haha. Lagi sedap makan ngan aiskrim. Otak mula dah merancang sesuatu nih. Leh wat bisnes depan umah nie. hehehe. Hana nak kongsikan resepi tu kat sini. Hana berkali-kali gak fikir nak letak ke gambar waffle Hana. Sampai tak tidur tujuh hari tujuh malam. Ececeh ok itu tipu. Malulah. Bukan tak sedap. Sedap tau sehingga gigitan terakhir. Ceit! masuk bakul angkat sendirik pulak. Tapi rupa dia tak cantik. Hehe sebab umah Hana tak ada waffle maker ok. Jadi Hana and adik-adik pergi wat dalam kuih cara maker and sandwich maker. Ngekk betul kitorang. Punyalah nak makan waffle. Oklah. Nie first try.




Resepi waffle coklat ----->>


1/ cawan sebuk koko
62 gram or 2 sudu  butter or majerin
3/4 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung + 1/2 sudu teh baking soda or powder + 1/2 sudu teh garam
1/2 cawan susu segar (tapi Hana letak susuk dutch lady perisa original) + 1 1/2 sudu teh cuka


Cara membuatnya


Gaul serbuk koko, butter and gula.  Pastu masukkan telur sibik demi sebiji. Kemudian, masukkan pulak esen vanila. Pastu masuk semua bahan-bahan lain. Gaul semua samppai sebati.




Resepi waffle biasa --->>


2 biji telur
3/4 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh gula
1 1/2 garam
2 table spoon minyak sayur


Cara membuatnya


Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campur susu dan kesemua bahan lain. Gaul sehingga sebati. Hehe yang nie Hana gi letak kaya sebagai inti dia. Rasa dia cam kayaball la pulak.


p/s : Panaskan dulu waffle maker tu and jangan tuang telalu banyak or sedikit. Orang tua-tua cakap, lau nak makanan tu jadi or sedap gaul ikut arah lawan jam. Haha tatau la pulak pasal apa. Nanti la tanya nenek.








Sorry la lau rupe waffle nie cam telur dadar. Hehe takdek waffle maker... Burukkan



Tuesday, December 21, 2010

Takut ke kena ngorat?

Pernah tak anda berada dalam situasi berikut :

Situasi 1: 
Okeyh.. anda mungkin sedang berjalan-jalan atau bersiar-siar di tepi jalan seorang diri. Dan tiba-tiba ada beberapa motor lalu. Si penunggang motor tersebut berhenti dan berkata;

Tuan motor : Hai! leh kenal? Sape nama?
Si gadis : (terus berjalan tanpa mempedulikannya)
Tuan motor : Nak gi mane tu?

 Tuan motor menghilang dan kemudian datang balik membuat kekacauan dan berkata lagi;

Tuan motor: Hai! Nak ke mana tu?
Si gadis: Pandang dengan jelingan dan terus berjalan

Member tuan motor : Hahaha... tak dapat.. padan muka!

Situasi 2 : 
Anda berjalan kaki di satu lorong. Tiba-tiba ada sebuah kereta lalu dan di dalamnya terdapat lelaki-lelaki kacak. Kereta tersebut berhenti dan orang-orang di dalamnya menyengih-nyengih kepada anda. Anda terus berjalan dengan tidak tenteram dan menyumpah atau kemungkinan anda berjalan dengan bangga kerana ada orang sudi tengok gaya jalan anda.

hai! saya suka awak..


OK. Kisah ini berlaku kepada kawan-kawan saya. Saya nak bercerita tentang lelaki-lelaki yang mengorat tak tentu pasal dan kalu ye pun anda berminat dengan gadis tersebut, silalah tackle dengan sopan ye. Tak gentle langsung cara anda tackle tu ye. Wahai lelaki-lelaki sekalian, anda bukan sahaja telah mengganggu ketenteraman gadis tersebut. Mungkin dia tengah feel bollywood dengan menyanyi lagu hindustan sambil jalan. *aritu ternampak seorang minachi jalan-jalan sambil nyanyi hindustan and letak bunga kat telinga gitu*. Tetapi juga anda telah menambah perasaan takut dan gerun gadis tersebut kepada anda. Lagipun sebagai orang melayu yang sopan, silalah menjaga tatasusila anda. Hehe, saya mencadangkan anda pergi merisik je terus.








Aaaaa...takutnye






p/s: lain kali tackle baik2 ye...wee~~~~



Sunday, December 19, 2010

Penemuduga dah bosan kot

Weeee~~~ foundation was ends. Next sem, masuk degree. Yeay2! Lalala.... Foundation sangat memenatkan dan membosankan. Saya rasa jeles melihat abang2 dan kakak senior yang sudah degree. Mereka tidak perlu pergi membuat persembahan pada hari merdeka. Tidak perlu berhimpit-himpit dan bersesak sesakkkan. Tak perlu jadi human graphic lagi. Tak perlu jadi kuli lagi. Yang penting, tinggal 4 tahun lagi. Walaupun kedengaran agak lama bunyinya di telinga. Namun, saya rasa bunyi 4 tahun itu lebih sedap daripada bunyi 5 tahun1/2. Ini bermakna 1 tahun 1/2 foundation sudah habis. Kalau alam persekolahan, kira-kira saya berada dalam tingkatan 2 ye.


Bila imbas2 balik, banyak suka-duka masa foundation. Biasalahkan setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan ada kenangan, setiap kenangan ada pengajaran. Ewah3, bermadah pulak. Teringat balik masa mula-mula kena interview nak masuk maktab. Haha. Saya berasa sungguh tertipu bilamana saya telah menghabiskan masa dengan menghafal tema2 tahun guru yang lepas2, Pelan Induk Pembelajaran dan Pengajaran, isu2 semasa (termasuk isu politik) dan macam2 lagi berkaitan dunia pendidikan. Apa ni. Bila masuk interview je, agak terkesima dengan penemuduga tersebut. Saya salah datang tempat temuduga kah? Tapi rasanya dah pusing2 tengok papan tanda tadi betu tempatnya. Ye lagi bertambah mendidih bila saya telah dipaksa oleh ibu untuk menghafal dan bukak laman web kementerian pengajaran. Bukan tu sahaja. Baca newspaper semenjak tarikh keputusan orang yang layak ditemuduga keluar.




Tetapi bila masuk2 je dalam bilik temuduga tu setelah tunggu hampir beberapa jam dan membaci jampi2 yang patut, berikut adalah dialog si penemuduga(2 orang) dengan bakal guru:


Penemuduga 1: (Selepas memberi salam) Kamu ada dapat tawaran 
                          lain selain daripada maktab?


Bakal guru : Ada. Saya dapat tawaran nurse kat UM.


Penemuduga 2: Owh. Kenapa awak pilih guru? Nurse pun bagus 
                          jugak. Sekarang gaji nurse tinggi juga. Keje cikgu
                          ni penat. Kena layan budak2. Sekarang ni banyak
                          isu pasal guru. Awak nak jugak ke maktab?


Bakal guru: (dalam hati: owh nak testing guwa eh. Guwa tak 
                    tertipulah) Ya, saya memang berminat nak jadi guru
                    semenjak kecil lagi. Saya suka life sebagai guru dan 
                    suka kanak-kanak. Saya juga nak jadi seperti ibu dan ayah saya yang juga seorang guru.


Penemuduga 1: Ok. Subjek apa yang awak minat masa sekolah dulu?
                         
Bakal guru: Saya minat subjek english, sejarah dan biologi.


Penemuduga 2: Ha! awak minat biologi. Kenapa awak tak jadi 
                          nurse je.


Bakal guru: *terkesima* (nak cari gaduh ngan wa ye. Wa takkan 
                    mengalah) Ini memang cita2 saya dari kecil lagi. Saya
                    pernah jadi guru tadika sementara.


Penemuduga 1: Kenapa awak rasa awak layak jadi guru?


Bakal guru: Sebab saya rasa saya kreatif, rajin, penyayang dan 
                    berwibawa. (jawapan konpiden)


Penemuduga 1: Awak cakap awak kreatif. Buktikan kat saya awak 
                          seorang guru kreatif. Bayangkan awak mengajar 
                          murid2 tentang haiwan. Macam mana awak nak 
                          buat mereka faham tentang haiwan awak ajar? 
                          Awak boleh menyanyi, berlakon dan lain2.


Bakal guru: (Adui nyesal bangga diri tadi) Ok murid2. Arini cikgu 
                    nak ajar haiwan rama2 dan sotong. Kenal tak? Jom ikut 
                    cikgu nyanyi. Satu2 sama dengan gunung, dua2 sama
                    dengan spek mata, tiga2 sama dengan janggut, empat2 
                    sama dengan sotong, lima2 sama rama2. (malu gila)


Penemuduga 1 dan 2: *Melopong*. Seperti yang awak tahu, masalah disiplin di sekolah semakin meningkat.
                                   Apakah yang menyebabkan masalah tersebut meruncing? Adakah sebab guru 
                                   perempuan lebih ramai daripada lelaki?



Bakal guru : Tidak. Saya rasa masalah tersebut berlaku disebabkan pelajar itu sendiri dan ibu bapa. Didikan 
                   yang baik daripada ibu bapa yang bertanggungjawab. Ibu bapa sekarang sibuk mengejar harta.
                   Lagipun, banyak kes yang kita dengar guru lelaki ada yang merogol pelajar. Kebanyakan 
                   sekolah juga mempunyai guru lelaki sebagai guru disiplin. Pelajar lebih selesa menceritakan 
                   masalah dengan guru perempuan. 

Penemuduga 2: Awak tak boleh cakap macam tu. Ayah awak juga seorang guru. Alah guru perempuan habis
                        kelas terus balik. Senang je jadi cikgu. Pukul 1 dah balik. Tak fikir apa2 dah.

Bakal guru : (masa nie guwa terlupa pulak nak cakap ibu ayah guwa juga guru disiplin) Siapa kata.
                   Sekarang nie cikgu2 balik pukul 4 ye. Mak saya balik pukul 4 ye. Kadang2 tu pukul 6 lagik.

Penemuduga 1: Baiklah. Siapa juara akadem fantasia 3?


Bakal guru : (dalam hati:eh2 apa nie. ada kaitan ngan guru ke) Mawi.

Penemuduga 2: Do you have boyfriend?


Bakal guru: No


Penemuduga 1: Why no? you have a look what. Give me 5 reasons why do you haven't a boyfriend? 


Bakal guru : (aik! ada ke orang temuduga macam nie) 1) I don't interested to have boyfriend 2) Men are 
                   untrusted 3) I comfortoble to be single  4) I still study and want to focus on it  5)  I want my
                   mother choose for me. 


Penemuduga: Ok. Awak boleh keluar sekarang. Jangan salah anggap ye. Kami tanya sebab nak uji english    
                     awak. Sebab awak ada amik BI. Terima kasih. 


Bakal guru: (keluar dengan pelik dan bengang) Mana benda yang aku hafal matian selama ni. 











p/s: untuk adik2 lepasan spm, lau ada temuduga. Anda kena susun strategi jawapan. Guwa tau penemuduga tu nak trick guwa. Tau tak tepu otak guwa menghafal. Ini je ke yang ditanya. Paling tak boleh kena menari dan nyanyi tu.










Saturday, December 18, 2010

You're beautiful drama

Pagi yg indah :)). hari nie bangun pagi2 untuk penuhkan hari dgn aktiviti berfaedah. Cuti sem tinggal lagi 2 minggu je. Jadi saya nak habiskan cuti ni dgn melepaskan rindu-rinduan secukupnya dengan famili sebelum balik ke maktab selain daripada menguasai bahasa inggeris dengan lebih efektif. Saya juga nak baca buku motivasi sebab saya nie seorang yang selalu lemah semangat dan rasa banyak masalah je walaupun sebenarnya tiada masalah. Erm!! macam mane tu.


Pengumuman! pengumuman!


Hehe kalau saya tak bagi tahu pun tentu semua dah tau. Laman web mysoju di mana terdapat banyak movie2 and drama2 korea yang menjadi kegilaan gadis2 melayu untuk mengetahui info2 drama2 terkini mestilah sudah dilawati anda2 sekalian. Tapi saya nak bagi tahu jugak. Sebab saya berasa teruja menonton drama tu sambil bergelak ketawa dengan adik2 dan siap mempromosi dengan kawan2 lagi walaupun saya bukan lah mengambil kos marketing. Drama tersebut disiarkan di 8tv setiap hari isnin sampai jumaat pada pukul 8.30 malam. Hehe. Bolehlah menonton ramai2 ea sambil makan popcorn.




Tajuk cerita tersebut ialah you're beautiful. Comel and kelakar apabila seorang perempuan menyamar sebagai lelaki.






Selamat menonton :))




 

Wednesday, December 15, 2010

Erti Hidup

Ermm... semua orang menghadapi dugaan hidup kan... dugaan dan erti hidup mengajar setiap insan supaya bangun dan lebih matang. Saya rasa saya tak dek kawan baik la. Kenapa saya rasa hidup saya semakin bosan ek sekarang nie. Even saya punye ramai kawan tapi diorang tak pernah nak ingat saya. Adakah saya sombong? Kadang2 I'd try harder to be kindness to them. erm tapela. Janji saya tak hilang Allah kan. 

Hehe... saya tak sbr tau nak msuk sem baru. Saya nak mulakan sem baru saya dengan semangat waja. Ececeh... hehe segala cacian, kritikan dan komen2 sem lepas jadi kan saya lebih matang dan berani. Sebenarnya saya nie jenis pemalu dan pendiam. Tapi semenjak kena presentation je dpan org, yeahh!!! saya nak berubah. Aritu kan saya kena baca sajak tau. Haha... sape la yang tak terketar kat depan tu. Ckp91 cpt! Nak mrh nie... hehe. Tipula kalau tak dek perasaan gemuruh. Alhamdulillah I be the best. Whoaa tak sangkanya dpt pujian. Yeah! I  can. Tak dek istilah I can't tau. Dato' Siti pun sanggup belajar english guna linguaphone tau. Kagum3. Hehe actually saya bangkit setelah terima kritikan dan markah paling rendah dlm oral BI masa kna bagi speech. Erm kesimpulannya. Never give up before try. Try and error tau! eh2 ini formula math. Rahsianya 1) saya yakin saya boleh sebab orang lain pun kena wat juga. Bukan saya sorang je 2) saya ingat parents saya yang nakkan kejayaan saya 3) Sampai bila nak jadi lemah nie. :))