Sunday, December 19, 2010

Penemuduga dah bosan kot

Weeee~~~ foundation was ends. Next sem, masuk degree. Yeay2! Lalala.... Foundation sangat memenatkan dan membosankan. Saya rasa jeles melihat abang2 dan kakak senior yang sudah degree. Mereka tidak perlu pergi membuat persembahan pada hari merdeka. Tidak perlu berhimpit-himpit dan bersesak sesakkkan. Tak perlu jadi human graphic lagi. Tak perlu jadi kuli lagi. Yang penting, tinggal 4 tahun lagi. Walaupun kedengaran agak lama bunyinya di telinga. Namun, saya rasa bunyi 4 tahun itu lebih sedap daripada bunyi 5 tahun1/2. Ini bermakna 1 tahun 1/2 foundation sudah habis. Kalau alam persekolahan, kira-kira saya berada dalam tingkatan 2 ye.


Bila imbas2 balik, banyak suka-duka masa foundation. Biasalahkan setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan ada kenangan, setiap kenangan ada pengajaran. Ewah3, bermadah pulak. Teringat balik masa mula-mula kena interview nak masuk maktab. Haha. Saya berasa sungguh tertipu bilamana saya telah menghabiskan masa dengan menghafal tema2 tahun guru yang lepas2, Pelan Induk Pembelajaran dan Pengajaran, isu2 semasa (termasuk isu politik) dan macam2 lagi berkaitan dunia pendidikan. Apa ni. Bila masuk interview je, agak terkesima dengan penemuduga tersebut. Saya salah datang tempat temuduga kah? Tapi rasanya dah pusing2 tengok papan tanda tadi betu tempatnya. Ye lagi bertambah mendidih bila saya telah dipaksa oleh ibu untuk menghafal dan bukak laman web kementerian pengajaran. Bukan tu sahaja. Baca newspaper semenjak tarikh keputusan orang yang layak ditemuduga keluar.




Tetapi bila masuk2 je dalam bilik temuduga tu setelah tunggu hampir beberapa jam dan membaci jampi2 yang patut, berikut adalah dialog si penemuduga(2 orang) dengan bakal guru:


Penemuduga 1: (Selepas memberi salam) Kamu ada dapat tawaran 
                          lain selain daripada maktab?


Bakal guru : Ada. Saya dapat tawaran nurse kat UM.


Penemuduga 2: Owh. Kenapa awak pilih guru? Nurse pun bagus 
                          jugak. Sekarang gaji nurse tinggi juga. Keje cikgu
                          ni penat. Kena layan budak2. Sekarang ni banyak
                          isu pasal guru. Awak nak jugak ke maktab?


Bakal guru: (dalam hati: owh nak testing guwa eh. Guwa tak 
                    tertipulah) Ya, saya memang berminat nak jadi guru
                    semenjak kecil lagi. Saya suka life sebagai guru dan 
                    suka kanak-kanak. Saya juga nak jadi seperti ibu dan ayah saya yang juga seorang guru.


Penemuduga 1: Ok. Subjek apa yang awak minat masa sekolah dulu?
                         
Bakal guru: Saya minat subjek english, sejarah dan biologi.


Penemuduga 2: Ha! awak minat biologi. Kenapa awak tak jadi 
                          nurse je.


Bakal guru: *terkesima* (nak cari gaduh ngan wa ye. Wa takkan 
                    mengalah) Ini memang cita2 saya dari kecil lagi. Saya
                    pernah jadi guru tadika sementara.


Penemuduga 1: Kenapa awak rasa awak layak jadi guru?


Bakal guru: Sebab saya rasa saya kreatif, rajin, penyayang dan 
                    berwibawa. (jawapan konpiden)


Penemuduga 1: Awak cakap awak kreatif. Buktikan kat saya awak 
                          seorang guru kreatif. Bayangkan awak mengajar 
                          murid2 tentang haiwan. Macam mana awak nak 
                          buat mereka faham tentang haiwan awak ajar? 
                          Awak boleh menyanyi, berlakon dan lain2.


Bakal guru: (Adui nyesal bangga diri tadi) Ok murid2. Arini cikgu 
                    nak ajar haiwan rama2 dan sotong. Kenal tak? Jom ikut 
                    cikgu nyanyi. Satu2 sama dengan gunung, dua2 sama
                    dengan spek mata, tiga2 sama dengan janggut, empat2 
                    sama dengan sotong, lima2 sama rama2. (malu gila)


Penemuduga 1 dan 2: *Melopong*. Seperti yang awak tahu, masalah disiplin di sekolah semakin meningkat.
                                   Apakah yang menyebabkan masalah tersebut meruncing? Adakah sebab guru 
                                   perempuan lebih ramai daripada lelaki?



Bakal guru : Tidak. Saya rasa masalah tersebut berlaku disebabkan pelajar itu sendiri dan ibu bapa. Didikan 
                   yang baik daripada ibu bapa yang bertanggungjawab. Ibu bapa sekarang sibuk mengejar harta.
                   Lagipun, banyak kes yang kita dengar guru lelaki ada yang merogol pelajar. Kebanyakan 
                   sekolah juga mempunyai guru lelaki sebagai guru disiplin. Pelajar lebih selesa menceritakan 
                   masalah dengan guru perempuan. 

Penemuduga 2: Awak tak boleh cakap macam tu. Ayah awak juga seorang guru. Alah guru perempuan habis
                        kelas terus balik. Senang je jadi cikgu. Pukul 1 dah balik. Tak fikir apa2 dah.

Bakal guru : (masa nie guwa terlupa pulak nak cakap ibu ayah guwa juga guru disiplin) Siapa kata.
                   Sekarang nie cikgu2 balik pukul 4 ye. Mak saya balik pukul 4 ye. Kadang2 tu pukul 6 lagik.

Penemuduga 1: Baiklah. Siapa juara akadem fantasia 3?


Bakal guru : (dalam hati:eh2 apa nie. ada kaitan ngan guru ke) Mawi.

Penemuduga 2: Do you have boyfriend?


Bakal guru: No


Penemuduga 1: Why no? you have a look what. Give me 5 reasons why do you haven't a boyfriend? 


Bakal guru : (aik! ada ke orang temuduga macam nie) 1) I don't interested to have boyfriend 2) Men are 
                   untrusted 3) I comfortoble to be single  4) I still study and want to focus on it  5)  I want my
                   mother choose for me. 


Penemuduga: Ok. Awak boleh keluar sekarang. Jangan salah anggap ye. Kami tanya sebab nak uji english    
                     awak. Sebab awak ada amik BI. Terima kasih. 


Bakal guru: (keluar dengan pelik dan bengang) Mana benda yang aku hafal matian selama ni. 











p/s: untuk adik2 lepasan spm, lau ada temuduga. Anda kena susun strategi jawapan. Guwa tau penemuduga tu nak trick guwa. Tau tak tepu otak guwa menghafal. Ini je ke yang ditanya. Paling tak boleh kena menari dan nyanyi tu.










No comments :