Thursday, March 24, 2011

Syaitan kencing di telinga tak bangun solat subuh!

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA :


Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajjud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


" Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Aritu terdengar sorang ustaz bagi ceramah kat radio. Beliau cakap masa tidur syaitan mengikat manusia dengan 3 ikatan. Semua ikatan tu akan terlepas bila seseorang tu bangun untuk solat subuh. Ikatan pertama terlepas semasa azan subuh berkumandang. Ikatan kedua pulak terlepas setelah seseorang tu bangun pergi ambil wuduk (yang ni ujian paling berat sekali) dan yang terakhir terlepas setelah seseorang tu mengerjakan solat subuh. Jika tak bangun solat subuh maka syaitan kencing di telinganya. Orang yang syaitan kencing di telinganya tu jadi anak yang tak nak dengar kata or keras kepala. Hehe jadi jangan selalu amalkan subuh gajah ea. Renung-renungkan dan selamat beramal!



Saturday, March 19, 2011

Kalaulah ada tag umur (kalau ada)

Rasa tiada mood nak berfacebooking dan melayari internet semenjak cuti ni. Ohhh! bukan sebab pergi bercuti jauh lagi menyiapkan assignment. Assignment pun malas nak sentuh. Jeling pun tak sudi. Raihana memang pemalas. Noktah! Ari isnin aritu pergi Kuantan semata-mata makan ikan bakar tepi laut. Ce teka Ce teka idea sape. Haha idea ibulah tu. Ok! Ibu cakap nak gerak pukul 6.30 petang. Pastu tiba-tiba pulak pukul 5 petang. Paling lewat pukul 6. Lepas tu mulalah gelabah bersiap. Ibu pulak sebelum pukul 5 lagi dah siap! OHHH! Ibu saya memang selalu bersemangat kalau bab jalan-jalan nie. Anak dia baru nak iron baju dan pergi mandi. Dia dah siap pakai tudung. Memang banyak betul makanan kat sana. Seramai dengan orang yang datang kat situ. 

Kedai makan apa??? Kat mana?? Itu akan diceritakan kemudian. Arini nak cerita pasal seorang budak dalam lingkungan darjah 6 kot yang memanggil budak 20 tahun sebagai MAK CIK. Nampak tak? Ari Isnin lepas pergi library jap sebab nak cari bahan. Tengah-tengah letak beg, tiba-tiba ada budak menyapa, "mak cik, kalau nak tempah locker boleh ambil kunci kat kaunter". Terpana seketika. Dia cakap dengan aku ke? Betullah! Ada aku dan adik aku je kat situ. Ok! Tengok muka budak tu macam kasihan la pulak. Tak jadi nak perli. Bertungkus lumus dia bukak locker tu tapi tak lepas-lepas. Jadi, jeling and cakap emm jela kat dia. Buat-buat tak tahu apa dia cakap. Balik rumah cepat-cepat belek muka kat cermin. Muka aku tua sangat ke??! Huh! kalau setakat pakcik-pakcik jual kain, tauke kedai atau orang sesat tanya arah jalan panggil kak boleh jugak terima. Ohh! ni satu bab lagi. Kadang-kadang rasa-rasanya pakcik jual kain, tauke kedai atau orang sesat tanya arah jalan tu pun perasan muda. Tengok dah beranak-pinak, muka dah berkedut seribu, berkerjaya dan lain-lain. Tapi ada hati panggil aku 'kak'. Tolonglahhhh! Nak je cakap "aku bukan kakak kaulah". Macam kawan sekolah selalu cakap dulu, kalau ikutkan hati rasa nak je pakai tag yang tulis umur. Betul tu! Tulis kat tag tu umur saya 20 tahun. Lain kali kalau ada orang macam ni lagi, buat-buat tak tahu je apa dia cakap. 
Bahasa melambang bangsa (ok! tiada kaitan)



Muka ni muka mak cik ke?


Masih belum dimamah usia







Wednesday, March 16, 2011

26 FEBRUARI 2011

Okeyh. Saje je wat entry pasal birthday walaupun birthday dah lepas hampir sebulan yang lalu. Tunggu semua orang bagi hadiah then baru letak dalam blog. Masa birthday dulu semua orang busy mengalahkan perdana menteri kesibukkannya. Maka terpaksalah sambut birthday sorang-sorang di siang hari (nangis2 sebab semua orang tak peduli).


Masih teringat-ingat hari sebelum birthday. Pada hari tersebut adalah hari terakhir BIG (camping). Selepas bercamping di Port Dickson, nak balek Pahang jugak walaupun jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Sampai-sampai je kat Titiwangsa pukul 6 petang terus pergi beratur walaupun keadaan sesak teramat sangat. Agak pelik sebab nak kata cuti umum bukan. Cuti khusus pun bukan. Elok-elok je dah nak dekat dengan kaunter, tukang jaga kaunter tu pun keluar dan jerit, "tiket dah habis". Ok. Tape. Kaunter jual tiket banyak lagi. Bila pergi je kat semua kaunter, semua tukang kaunter cakap tiket dah habis. Waaaa nie lah first time balik Temerloh tiket habis. Rasa nak nanges jap. Nak balik Cheras semula malu. Lagi-lagi esok birthday. Sedihlah tak sambut dengan family. Pastu terpaksalah amik tiket ke Bentong. Ibu dan abah tunggu kat sana. Terima kasih wat Ekin Johari yang sudi bagi kata-kata semangat masa tu. hehehe.

Yang paling tak boleh lupa, ada jugak orang Temerloh yang kehabisan tiket naik bus ke Bentong. Jadi, saya yang tak tahu apa-apa nie ikut jelah dia. Dia naik bus, saya naik. Dia turun bus, saya turun bus. Kalau dia nak kidnap time tu, mesti dah boleh kidnap. Selalunya perjalanan balik Temerloh 2 jam jadi 4 jam gara-gara tiket habis. Tapi tape. Hati terubat bila orang first yang ucap happy birthday adalah Mr. R. Sanggup tunggu sampai pagi buta nak call. Maaf ye Mr. R. Saya tertidur kepenatan sampai pagi. Lagi terubat bila Hulma Rahman kasi hadiah. Teehe. Thanks wat kengkawan (especially ekin, naimah, ain and pika) yang ucap birthday. Malam pulak ibu and abah makan besar kat restoran. Rasa nak berhentikan masa untuk 26 Februari 2011 je. Balek je ari sabtu lepas, dapat hadiah lagi daripada Hanisah Rahman. Hehe. Beg riben2 yang comel. Thank ye adik-adik comel <3

P/s: Mr R, saya tunggu adiah dari awak je nie. hehe. Kata postpone . Saya tunggu~~





Hulma Rahman yang bagi



Hanisah Rahman yang bagi







Friday, March 4, 2011

Siapa kawan sebenar kita?

Kawan? Apa maksud kawan bagi korang? Rasa terpanggil untuk menulis entri tentang kawan pada hari ini. Bukan sebab gaduh ngan kawan. Jauh sekali ada adegan tarik-menarik rambut. Ari Isnin aritu, lecturer BI bagi tugasan tajuk F.R.I.E.N.D. Hohoho sentimental kan tajuk nie. Sebab pada usia macam nilah kita dapat belajar dan kenal bermacam-macam jenis perangai dan ragam manusia yang bernama KAWAN.

 K.A.W.A.N

Jadi, jari jemari mula menari memainkan peranan menulis introduction about friend. Inilah hasilnya.

What does a friend mean? Who are your true friends? A friend is someone who always by your side whether you are in good or bad times. Moreover, a friend is someone you can depend on and trusted. Friend always loving you, honesty and loyalty in the friendship. They also care and help you when you are in trouble and get hurt. They share your problems with pleasure. Friends also not stab from your back and not jealousy on your success or achievement but they support you from behind. They pray for your happiness and success. You can face the trying times together with friends.

Dulu saya ada seorang kawan. Kami dari form 1 berkawan dan pernah duduk sebelah. Kira rapat jugaklah sebab dari form 1 sampai form 5 kelas yang sama dengan dia. And masuk matrik pun sama-sama dan matrik yang sama tapi kuliah lain-lain. Tapi satu hari saya dapat tawaran maktab. Saya terlupa nak bagitahu dia. Malam terakhir di matrik baru bagi tahu dia. Dan dia kecewa dan sedih sebab saya tak jumpa dia wat kali terakhir kat matrik. Dulu dia salu gak mesej2 tapi sekarang dia dah jarang mesej2. Kami macam dah renggang. Rasa menyesal yang teramat sangat wat camtu dulu. Saya sangat rindukan dia. Kalau dapat undur masa balik, rasa nak je pergi jumpa dia wat kali terakhir sebab kita jarang jumpa kawan yang baik dan selalu mengingatkan kita tentang agama hari-hari. Kawan yang ketawa bersama-sama mudah dicari tetapi untuk sedih bersama susah dicari. Sekarang nie saya sangat2 mengahargai kawan2 yang ada walaupun kadang2 terbuat mereka kecil hati. Hehe maaf ye.

school life