Wednesday, March 16, 2011

26 FEBRUARI 2011

Okeyh. Saje je wat entry pasal birthday walaupun birthday dah lepas hampir sebulan yang lalu. Tunggu semua orang bagi hadiah then baru letak dalam blog. Masa birthday dulu semua orang busy mengalahkan perdana menteri kesibukkannya. Maka terpaksalah sambut birthday sorang-sorang di siang hari (nangis2 sebab semua orang tak peduli).


Masih teringat-ingat hari sebelum birthday. Pada hari tersebut adalah hari terakhir BIG (camping). Selepas bercamping di Port Dickson, nak balek Pahang jugak walaupun jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Sampai-sampai je kat Titiwangsa pukul 6 petang terus pergi beratur walaupun keadaan sesak teramat sangat. Agak pelik sebab nak kata cuti umum bukan. Cuti khusus pun bukan. Elok-elok je dah nak dekat dengan kaunter, tukang jaga kaunter tu pun keluar dan jerit, "tiket dah habis". Ok. Tape. Kaunter jual tiket banyak lagi. Bila pergi je kat semua kaunter, semua tukang kaunter cakap tiket dah habis. Waaaa nie lah first time balik Temerloh tiket habis. Rasa nak nanges jap. Nak balik Cheras semula malu. Lagi-lagi esok birthday. Sedihlah tak sambut dengan family. Pastu terpaksalah amik tiket ke Bentong. Ibu dan abah tunggu kat sana. Terima kasih wat Ekin Johari yang sudi bagi kata-kata semangat masa tu. hehehe.

Yang paling tak boleh lupa, ada jugak orang Temerloh yang kehabisan tiket naik bus ke Bentong. Jadi, saya yang tak tahu apa-apa nie ikut jelah dia. Dia naik bus, saya naik. Dia turun bus, saya turun bus. Kalau dia nak kidnap time tu, mesti dah boleh kidnap. Selalunya perjalanan balik Temerloh 2 jam jadi 4 jam gara-gara tiket habis. Tapi tape. Hati terubat bila orang first yang ucap happy birthday adalah Mr. R. Sanggup tunggu sampai pagi buta nak call. Maaf ye Mr. R. Saya tertidur kepenatan sampai pagi. Lagi terubat bila Hulma Rahman kasi hadiah. Teehe. Thanks wat kengkawan (especially ekin, naimah, ain and pika) yang ucap birthday. Malam pulak ibu and abah makan besar kat restoran. Rasa nak berhentikan masa untuk 26 Februari 2011 je. Balek je ari sabtu lepas, dapat hadiah lagi daripada Hanisah Rahman. Hehe. Beg riben2 yang comel. Thank ye adik-adik comel <3

P/s: Mr R, saya tunggu adiah dari awak je nie. hehe. Kata postpone . Saya tunggu~~





Hulma Rahman yang bagi



Hanisah Rahman yang bagi







No comments :