Saturday, March 19, 2011

Kalaulah ada tag umur (kalau ada)

Rasa tiada mood nak berfacebooking dan melayari internet semenjak cuti ni. Ohhh! bukan sebab pergi bercuti jauh lagi menyiapkan assignment. Assignment pun malas nak sentuh. Jeling pun tak sudi. Raihana memang pemalas. Noktah! Ari isnin aritu pergi Kuantan semata-mata makan ikan bakar tepi laut. Ce teka Ce teka idea sape. Haha idea ibulah tu. Ok! Ibu cakap nak gerak pukul 6.30 petang. Pastu tiba-tiba pulak pukul 5 petang. Paling lewat pukul 6. Lepas tu mulalah gelabah bersiap. Ibu pulak sebelum pukul 5 lagi dah siap! OHHH! Ibu saya memang selalu bersemangat kalau bab jalan-jalan nie. Anak dia baru nak iron baju dan pergi mandi. Dia dah siap pakai tudung. Memang banyak betul makanan kat sana. Seramai dengan orang yang datang kat situ. 

Kedai makan apa??? Kat mana?? Itu akan diceritakan kemudian. Arini nak cerita pasal seorang budak dalam lingkungan darjah 6 kot yang memanggil budak 20 tahun sebagai MAK CIK. Nampak tak? Ari Isnin lepas pergi library jap sebab nak cari bahan. Tengah-tengah letak beg, tiba-tiba ada budak menyapa, "mak cik, kalau nak tempah locker boleh ambil kunci kat kaunter". Terpana seketika. Dia cakap dengan aku ke? Betullah! Ada aku dan adik aku je kat situ. Ok! Tengok muka budak tu macam kasihan la pulak. Tak jadi nak perli. Bertungkus lumus dia bukak locker tu tapi tak lepas-lepas. Jadi, jeling and cakap emm jela kat dia. Buat-buat tak tahu apa dia cakap. Balik rumah cepat-cepat belek muka kat cermin. Muka aku tua sangat ke??! Huh! kalau setakat pakcik-pakcik jual kain, tauke kedai atau orang sesat tanya arah jalan panggil kak boleh jugak terima. Ohh! ni satu bab lagi. Kadang-kadang rasa-rasanya pakcik jual kain, tauke kedai atau orang sesat tanya arah jalan tu pun perasan muda. Tengok dah beranak-pinak, muka dah berkedut seribu, berkerjaya dan lain-lain. Tapi ada hati panggil aku 'kak'. Tolonglahhhh! Nak je cakap "aku bukan kakak kaulah". Macam kawan sekolah selalu cakap dulu, kalau ikutkan hati rasa nak je pakai tag yang tulis umur. Betul tu! Tulis kat tag tu umur saya 20 tahun. Lain kali kalau ada orang macam ni lagi, buat-buat tak tahu je apa dia cakap. 
Bahasa melambang bangsa (ok! tiada kaitan)



Muka ni muka mak cik ke?


Masih belum dimamah usia







6 comments :

Anonymous said...

betul tu. Bnyk org pasan muda jep. Kdg2 mls lyn

antudegil said...

makcik? nice apa? atleast dia tahu hormat woah. the title not a big issue pun.

Hana Zuan said...

antu degil: penah dgr word 'dia bleh tulis apa yg terlintas kat blog dia'. Hatta small ke big issue ke. HUH! fhm sendiri ye.

kiwi said...

kiwi pn mls nk main fb skrg..huhu

Intan suhaila said...

jum main skype nk .? tua .? ye kot . hahaha . nyway . follow kamu dgn nama cici caca .!

ch!natsu said...

he chin mls nak amik kisah.. suke ati korangla nak pgl aku pgkt apa pun.. mls nak amik port.. hoho~