Thursday, March 24, 2011

Syaitan kencing di telinga tak bangun solat subuh!

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA :


Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajjud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


" Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Aritu terdengar sorang ustaz bagi ceramah kat radio. Beliau cakap masa tidur syaitan mengikat manusia dengan 3 ikatan. Semua ikatan tu akan terlepas bila seseorang tu bangun untuk solat subuh. Ikatan pertama terlepas semasa azan subuh berkumandang. Ikatan kedua pulak terlepas setelah seseorang tu bangun pergi ambil wuduk (yang ni ujian paling berat sekali) dan yang terakhir terlepas setelah seseorang tu mengerjakan solat subuh. Jika tak bangun solat subuh maka syaitan kencing di telinganya. Orang yang syaitan kencing di telinganya tu jadi anak yang tak nak dengar kata or keras kepala. Hehe jadi jangan selalu amalkan subuh gajah ea. Renung-renungkan dan selamat beramal!



3 comments :

kiwi said...

ni bru dgr..kiwi kdg2 sush gk bgun sbuh..pstu mula la kalut nk qada..aishh

Bro Fit said...

ouhh memang kengkadang subuh ni liat nak bangun.. adehh rasa bersalah ar plak..

alia azmi said...

aduh, tkena my batang idong ! haha