Saturday, April 23, 2011

MEMANG BEST

Dulu bila kengkawan dan adik-adik sibuk bercerita pasal Beast, langsung tak ambil tau. Nah! Sekarang kau pulak gilakan mereka. Dulu bukan main lagi pertahankan 2PM. 2PM the best la, 2PM yang kachak la, 2PM yang kreatif la dan lain-lain. Sekarang, pagi petang siang malam bukak lagu mereka. Dan dengar lagu Beast yang sama. Balik-balik lagu Mystery, Beautiful, Shock, Easy, Bad Girl dan lain-lain jugak yang didengar. Tidak lagi dengar lagu 2PM. Ya! Saya sudah jatuh cinta dengan mereka. Betullah cakap orang, Beast memang best. Lagi best dari Super Junior. Tapi Super Junior dan 2pm tetap the best. Mana boleh lupakan 2PM. Lagi-lagi ada Hwang Chan Sung dalam group tu. Hihi. Bila tengok video clip No Other oleh Super Junior, alahai sweetnya. Alangkah bagusnya kalau orang wat camtu kat kita. Haish -_-" Ketinggalan betul.



Beast


2PM 


Ce dengar ce dengar


P/S: Amboi~~ sampai widget pun taruk YoSeob. hihi


Saturday, April 16, 2011

BUKAK BISNES KAN BESTTTT~~

Tukar template blog pun boleh penat. Seharian duduk depan cik lappy lari pukul 10 pagi sampai 8 malam. Siap ada 'break iklan' pergi masak, tidur dan sebagainya. Akhirnya, berjaya juga ku temui template yang sesuai. Atau bak kata Indonesia----> yang cocok. Tapi still rasa tak puas hati. Entahlah kenapa. Tapi rasanya yang dulu lagi cute +  nice. Yang ni rasa biasa-biasa je. Tapi tak pelah. Nanti jadi cam tadi lagi. Gara-gara nak tukar template and bagi blog nampak comel, habis hilang c-box ku. Macam mana nak pergi balas balek lawatan orang ni. Adoyai. Nanti lau sape-sape nak suruh wat lawatan balas, tolong tinggalkan jejak kat c-box balek ea. Mintak maaf sangat-sangat. Pastu page element pulak jadi tunggang langgang. Aiyoo. Kena wat baru sume benda tu. Tapi blog still sama je. Heee tapi it's okey. Nanti carik lagi. Nak guna template yang letak code tu je. Tapi tak menjadi. Tak tahu nak guna macam mana. Ada sape-sape leh ajar tak? Tolong buat tutorial. Tak tahulahhh. 

Sejak akhir-akhir nie, asyik terfikir-fikir macam mana nak dapat duit yang banyak. Biasalah kan saya nie materialistik + mata duitan sikit. Haha. Ramai tau yang tak percaya saya nak bukak bisnes. Adik sendiri pun cakap "akak aku buang tebiat". Tapi rasa seronok tau wat benda alah nie. Lagi seronok tengok duit berkepuk-kepuk masuk. Hehe. Kadang-kadang rasa macam nak bukak bisnes kraf lah. Tapi tak tahu nak buat bisnes kraf yang mana satu. Tapi pastu rasa nak buat bisnes coklat pulak. Yang buat coklat pelbagai bentuk tu. Tapi rasa kraf lagi senang. Aduhai!! nak buat bisnes pun banyak tapi-tapi. Kat bawah nie merupakan contoh gambar bisnes yang terpilih. Hihihi. Harap-harap tak jadi angan-angan mat jenin je ataupun hangat-hangat tahi ayam.


kraftangan bakul daripada kertas


kraftangan keychain (yang jahit-jahit tu)


Coklat pelbagai bentuk