Monday, May 30, 2011

Form 6, Matrik, IPTA, IPTS, politeknik etc......?

Hee. Lama betul tak update kan. Mula-mula busy dengan final exam. Lepas habis final, hantar adik daftar masuk UIA PJ. Orang baru nak cuti. Dia pulak gi sambung belajar. Nampaknya cuti kali ni kebosanan la. Adik yang lain pulak nak PMR and SPM. Bila ikut adik gi daftar UIA, teringat balik 2 tahun lepas. Masa dapat tawaran sambung belajar. Masa tu pilih matrik sebab nak sangat jadi doktor sebab aku suka bau ubat. Tapi tak suka makan ubat. Masa tu semua orang cakap matrik susah. Kalau dapat pun, mungkin jadi pilihan terakhir. Tapi aku rasa FORM 6 lagi susah. Nak credit bukan senang and ada banyak subjek nak kena membaca. Tambah pengajian am lagi. Larat ke nak baca semua. Matrik ada 6 setiap semester. Tu pun lagi 2 tu tak masuk exam. Yang penting BI, math, fizik/biologi and kimia.

Bila aku dah masuk matrik, rasa down sangat-sangat. Kat dalam tu semua orang cerdik-cerdik belaka. Dalam kelas aku je penuh budak MRSM, SBPI, Sekolah Sains dan SMKA. Aku lebih suka bersendirian je kat matrik. Hidup kat sana memang mencabar. Kalau tinggal kuliah sehari bagaikan tinggal seminggu kuliah tau. Masa Ujian Pertengahan Semester pun sorang je budak kelas aku dapat B English. Yang lain dapat C dan lagi 4 orang pulak fail. Bayangkan baru BI. Masa kat dalam matrik tu jugak famili call cakap surat tawaran USIM sampai umah. Aku dapat kos Tamhidi Sains dan Teknologi. Rasa nak sangat keluar dari matrik and dah siap packing barang sume. Tapi atas hasutan semua termasuk lecturer, aku pun tak pergi. UPU pulak aku dapat kos Sains dan Pengajian Islam dekat UM. Masa tu semua orang suruh aku fikir baik-baik. Dapat menjamin kerja ke nanti. Boleh bawak ke kos tu nanti. Bila aku masuk maktab, rasa nyesal jugak tolak semua tawaran tu. Lagipun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Senior aku yang dapat tawaran tu cakap, dahlah kena ulang biologi, fizik, kimia. Pastu tambah lagi menghafal Quran, belajar tajwid dan bahasa arab lagi.

Aku rasa ada baik jugak aku tak pergi. Aku memang tak boleh nak carry semua tu dalam masa yang singkat. So, masa terima tawaran fikir baik-baik sama ada boleh bawak ke tak kos tu dan kos tu menjamin kerja atau tak. Jangan sebab terdesak nak masuk universiti, sanggup pilih kos yang tak menjamin apa-apa. Lepas beberapa bulan kat matrik, aku dapat tawaran maktab. So, aku pun pergi maktab sebab parents aku suruh dan matrik pun tak menjamin pekerjaan lagi sebenarnya. Maktab pun ok apa. Kalau zaman dulu, belajar kat maktab setakat nak dapatkan sijil untuk melayakkan jadi guru je. Sekarang ni dah ada program ijazah untuk lepasan SPM.





Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU SEMUA (kami guru Malaysia)

Final exam tinggal beberapa hari lagi. Tapi mood still bermalas-malasan. "Ya Allah, silalah beri kerajinan kepada Raihana untuk study". Yeay-yeay! tak sabar nak habis final. Banyak benda nak buat cuti nie. Hihi. Arini rasa terharu sikit sebab banyak terima mesej SELAMAT HARI GURU. Walaupun ucapan tu terima dari rakan-rakan teacher wanna be tapi rasa cam tak percaya bakal jadi cikgu. Teehe. Dulu masa sekolah hari guru adalah hari yang paling best sebab masa tu tak payah belajar and banyak persembahan. Sekolah bagaikan cuti masa hari guru. Tapi bila dah jadi cikgu rasa terbalik pulak. Kita pulak yang cuti dan tak perlu mengajar. Yang paling best sekali dapat hadiah berkepuk-kepuk dari student. Ohhh! saya sudah terbayang terima hadiah berkepuk-kepuk daripada anak murid saya nanti. Hohoho feeling-feeling bajet cikgu famous amos ye!!!. Hehehe. Mudah-mudahan begitu. 

Perasan tak perasan tak, murid sekolah rendah lebih ikhlas dan rajin bagi hadiah masa hari guru. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, dah tak rajin lagi bagi hadiah masa hari guru. Ya! Macam tu jugak saya. Masa sekolah rendah nangis-nangis kalau tak dapat bagi hadiah kat cikgu yang ajar kita dan sanggup cari keliling sekolah lagi. Tapi bila dah sekolah menengah sangat liat nak bagi hadiah hari guru. Tiba-tiba rasa rindu dekat cikgu-cikgu pulak. Terima kasih cikgu sebab ajar Raihana sehingga berjaya ke degree dan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru dan bakal guru. 

P/S: Rasa bangga setiap kali perhimpunan nyanyi lagu 'KAMI GURU MALAYSIA'. Profesion perguruan je tau ada lagu sendiri. Nurse, lawyer, doktor dan lain-lain tak dek an. hehe Jangan marah. Gurau-gurau je...







Bergambar sebelum nak pergi Pengalaman Berorientasikan Sekolah (PBS) selama seminggu =)



Saturday, May 14, 2011

Hantu karipap kat Matrik Negeri Sembilan!

Nak tahu kisah hantu karipap ini famous amos masa kat matrik Negeri Sembilan dulu. Tak penah tahu kalau-kalau cerita ni pun famous kat universiti, politeknik, kolej swasta dan budak asrama. Kisah nie telah diceritakan oleh classmate masa gap sejam dan kelas berikutnya berdekatan library (perlu ke cakap ni -_-“). Tengah-tengah melepak tu tetiba classmate bertanya “ pernah tak dengar pasal hantu karipap kat matrik ni”?. Saya membalas, “hah! Tak pernah dengar pun”. Tak pernah dengar cerita ada hantu kat dalam matrik selain dari roommate ada saka keturunan. Agak seram tinggal dengan orang yang ada saka. Tapi nasib baik saka tu tak pernah mengganggu. Hehe. Saya sayang roommate saya sebab dia pun sayang saya siap merayu-rayu tak bagi keluar dari matrik. Kau tetap dalam hatiku (Ok! Nak feeling sayang-sayang sila pergi tempat lain -_-“)

Macam mana rupa hantu karipap tu??? Ok. Hantu karipap tu bukan bentuk cam karipap tu tau. Hantu karipap ni mak cik menjual kuih karipap tengah malam-malam buta. Hantu ni selalu ganggu orang yang tengah khusyuk study malam-malam buta. Pastu, dia ketuk tingkap yang menghadap meja study . Then, dia tanya “cu, nak beli karipap tak?”. Lepas orang  cakap tak nak beli, dia pun berlalu pergi. And then baru orang yang tengah khusyuk study tu terperasan. Mana ada orang jual karipap malam-malam buta!! Kalau kat tingkat 2 dan ke atas dia selalunya melayang-layang.  Apa lagi, balik tu dengan bangganya pergi cerita dengan roommates. Tapi semua roommates cakap dah pernah dengar. Aiseh! Nampak sangat ketinggalan. Tapi lagi best cerita roommates. Dia pulak dengar pelbagai versi.  Ada pelbagai kuih lak tu dijual oleh hantu karipap. Siap ada nasi lemak lagi. Siapa kelaparan di tengah malam ketika gigih study, bolehlah beli kuih-muih dengan hantu karipap eh. Hehe. Sejak dengar cerita tu, terus tido awal. Bila nak study je terbayang and siap jeling-jeling kat tingkap tu. Nasib baik dekat meja study sendiri tak dek tingkap. Tapi lelama tido lewat balik.








(masa kat matrik dulu)






Monday, May 9, 2011

Theme Wedding Fairytale

Tadi singgah kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bersama housemates a.k.a bff. Ok. Kalau housemates aku sedang baca blog nie, korang jangan nak ketawa pulak ea. Hihihi. Topik perbualan kami ialah theme wedding kami masa future nanti. Sangat menarik topik nie. Pasti semua gadis-gadis di luar sana juga sudah membayangkan theme wedding diorang. Isy3! kuat berangan aku nie. Masa muda-muda dulu, pernah jugak berangan apa theme wedding masa nak kawen nanti. Hihi sebagai mengisi masa lapang. Akibat terpengaruh dengan cerita Cinderella, Sleeping Beauty dan sebagainya, kadang-kadang rasa nak buat tema fairytale. Rasa cam kelakarkan tapi sweet. Kadang-kadang pulak berangan lain. Rasa nak buat theme wedding Malay-Chinese sebab darah campuran Chinese. Tape-tape sampai masa nanti baru fikirkan. Yang penting habis belajar dulu. Tapi saya tak sabar tunggu kad jemputan dari Cik Ain. Hehe tema wedding in the garden. Jom tengok gambar theme wedding fairytale sumber dari Encik Google. Comel an?  Korang nak wat theme wedding apa pulak?


Majlis resepsi


Pelamin


Cenderahati dari tuan rumah



Kek kahwin

err?? ni tak tahu... mungkin hantaran








Friday, May 6, 2011

Kiss : Because I am a girl



I just can't understand the ways 
Of all the men and their mistakes 
You give them all your heart 
And then they rip it all away 

You told me how much you loved me 
And how our love was meant to be 
And I believed in you 
I thought that you would set me free 

(REFRAIN): 
You should've just told me the truth 
That I wasn't the girl for you 
Still, I didn't have a clue 
So my heart depended on you, whoa 

(CHORUS): 
Although I'll say I hate you now 
Though I'll shout and curse you out 
I'll always have love for you 
Because I am a girl 

Been told a man will leave you cold 
Get sick of you and bored 
I know that it's no lie 
I gave my all, still I just cry 

Never again will I be fooled 
To give my all when nothing's true 
I won't be played again 
But I will fall in love again 

(REFRAIN) 
You should've just told me the truth 
That I wasn't the girl for you 
Still, I didn't have a clue 
So my heart depended on you, whoa 

(CHORUS) 
Although I'll say I hate you now 
Though I'll shout and curse you out 
I'll always have love for you 
Because I am a girl 

I Want You So 
NoW you leave me in the cold 
How could this be? 
I thought that you Really Loved Me 

Into the Night 
I will pray that you're alright 
YOu hurt me so 
I just can't let you go 

You took advantage of my willingness 
To do anything for love 
Now I'm the only one in pain 
Will you please take it all away? 

Never thought Born being A girl 
I can love you and be burned 
Now I will build a wall 
To never get torn again 

(CHORUS) 
Although I'll say I hate you now 
Though I'll shout and curse you out 
I'll always have love for you 
Because I am a girl 



Sedih video klip ni. Lagi sedih baca lirik ni. Ada ke lagi orang yang sanggup wat cam laki dalam video klip ni? To my dear bff Asyikin, you deserve to get better man like this video. hihi. Chill2 tau. Kami sentiasa ada untuk anda. Tak mo sedih2. Dan untuk my housemates a.k.a my bff <3, moga korang happily ever after juga =)


Thursday, May 5, 2011

Jiwang~~

Terima kasih kepada Encik Hati kerana sudi datang dan teman pergi cari barang walaupun ada family gathering. Terima kasih jugak sebab bawak saya jalan-jalan kat KLCC dan belanja saya ABC. Dan awak jahat sebab sorok coklat Cadbury dalam beg saya. Ooo nak wat surprise-surprise pulak ea. Patutlah asik tanya je dah makan coklat ke belum. Ingat nak buang je coklat tu sebab ingatkan ada orang tercicir dalam beg tu. Thanx for everything that day. Nanti saya belanja awak Cool Blog pulak ea. hihi.