Monday, May 30, 2011

Form 6, Matrik, IPTA, IPTS, politeknik etc......?

Hee. Lama betul tak update kan. Mula-mula busy dengan final exam. Lepas habis final, hantar adik daftar masuk UIA PJ. Orang baru nak cuti. Dia pulak gi sambung belajar. Nampaknya cuti kali ni kebosanan la. Adik yang lain pulak nak PMR and SPM. Bila ikut adik gi daftar UIA, teringat balik 2 tahun lepas. Masa dapat tawaran sambung belajar. Masa tu pilih matrik sebab nak sangat jadi doktor sebab aku suka bau ubat. Tapi tak suka makan ubat. Masa tu semua orang cakap matrik susah. Kalau dapat pun, mungkin jadi pilihan terakhir. Tapi aku rasa FORM 6 lagi susah. Nak credit bukan senang and ada banyak subjek nak kena membaca. Tambah pengajian am lagi. Larat ke nak baca semua. Matrik ada 6 setiap semester. Tu pun lagi 2 tu tak masuk exam. Yang penting BI, math, fizik/biologi and kimia.

Bila aku dah masuk matrik, rasa down sangat-sangat. Kat dalam tu semua orang cerdik-cerdik belaka. Dalam kelas aku je penuh budak MRSM, SBPI, Sekolah Sains dan SMKA. Aku lebih suka bersendirian je kat matrik. Hidup kat sana memang mencabar. Kalau tinggal kuliah sehari bagaikan tinggal seminggu kuliah tau. Masa Ujian Pertengahan Semester pun sorang je budak kelas aku dapat B English. Yang lain dapat C dan lagi 4 orang pulak fail. Bayangkan baru BI. Masa kat dalam matrik tu jugak famili call cakap surat tawaran USIM sampai umah. Aku dapat kos Tamhidi Sains dan Teknologi. Rasa nak sangat keluar dari matrik and dah siap packing barang sume. Tapi atas hasutan semua termasuk lecturer, aku pun tak pergi. UPU pulak aku dapat kos Sains dan Pengajian Islam dekat UM. Masa tu semua orang suruh aku fikir baik-baik. Dapat menjamin kerja ke nanti. Boleh bawak ke kos tu nanti. Bila aku masuk maktab, rasa nyesal jugak tolak semua tawaran tu. Lagipun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Senior aku yang dapat tawaran tu cakap, dahlah kena ulang biologi, fizik, kimia. Pastu tambah lagi menghafal Quran, belajar tajwid dan bahasa arab lagi.

Aku rasa ada baik jugak aku tak pergi. Aku memang tak boleh nak carry semua tu dalam masa yang singkat. So, masa terima tawaran fikir baik-baik sama ada boleh bawak ke tak kos tu dan kos tu menjamin kerja atau tak. Jangan sebab terdesak nak masuk universiti, sanggup pilih kos yang tak menjamin apa-apa. Lepas beberapa bulan kat matrik, aku dapat tawaran maktab. So, aku pun pergi maktab sebab parents aku suruh dan matrik pun tak menjamin pekerjaan lagi sebenarnya. Maktab pun ok apa. Kalau zaman dulu, belajar kat maktab setakat nak dapatkan sijil untuk melayakkan jadi guru je. Sekarang ni dah ada program ijazah untuk lepasan SPM.





2 comments :

Syuk Ry said...

ya btol2 syer skong 2.. kner pkir tol..
film review : KungFu Panda 2

AISYAH said...

Bestnya dpt cikgu cmni =)
Boleh baca blog hari2