Saturday, May 14, 2011

Hantu karipap kat Matrik Negeri Sembilan!

Nak tahu kisah hantu karipap ini famous amos masa kat matrik Negeri Sembilan dulu. Tak penah tahu kalau-kalau cerita ni pun famous kat universiti, politeknik, kolej swasta dan budak asrama. Kisah nie telah diceritakan oleh classmate masa gap sejam dan kelas berikutnya berdekatan library (perlu ke cakap ni -_-“). Tengah-tengah melepak tu tetiba classmate bertanya “ pernah tak dengar pasal hantu karipap kat matrik ni”?. Saya membalas, “hah! Tak pernah dengar pun”. Tak pernah dengar cerita ada hantu kat dalam matrik selain dari roommate ada saka keturunan. Agak seram tinggal dengan orang yang ada saka. Tapi nasib baik saka tu tak pernah mengganggu. Hehe. Saya sayang roommate saya sebab dia pun sayang saya siap merayu-rayu tak bagi keluar dari matrik. Kau tetap dalam hatiku (Ok! Nak feeling sayang-sayang sila pergi tempat lain -_-“)

Macam mana rupa hantu karipap tu??? Ok. Hantu karipap tu bukan bentuk cam karipap tu tau. Hantu karipap ni mak cik menjual kuih karipap tengah malam-malam buta. Hantu ni selalu ganggu orang yang tengah khusyuk study malam-malam buta. Pastu, dia ketuk tingkap yang menghadap meja study . Then, dia tanya “cu, nak beli karipap tak?”. Lepas orang  cakap tak nak beli, dia pun berlalu pergi. And then baru orang yang tengah khusyuk study tu terperasan. Mana ada orang jual karipap malam-malam buta!! Kalau kat tingkat 2 dan ke atas dia selalunya melayang-layang.  Apa lagi, balik tu dengan bangganya pergi cerita dengan roommates. Tapi semua roommates cakap dah pernah dengar. Aiseh! Nampak sangat ketinggalan. Tapi lagi best cerita roommates. Dia pulak dengar pelbagai versi.  Ada pelbagai kuih lak tu dijual oleh hantu karipap. Siap ada nasi lemak lagi. Siapa kelaparan di tengah malam ketika gigih study, bolehlah beli kuih-muih dengan hantu karipap eh. Hehe. Sejak dengar cerita tu, terus tido awal. Bila nak study je terbayang and siap jeling-jeling kat tingkap tu. Nasib baik dekat meja study sendiri tak dek tingkap. Tapi lelama tido lewat balik.








(masa kat matrik dulu)






3 comments :

Fika Rozaidi said...

first time dgr cerita ni dari kmns lah. kalau tak, tak tau pun wujud makcik karipap ni. haha. kelakarlah. hantu pun reti buat kuih :P

senyumSOYA said...

kat mtrik penang pun ada cter mak ci karipap ni.. mantap!! tergelak2 ktorg~

SyedGraphix Dot Com said...

makcik karipap. hahahaha..
kalau ade time stdy..
jawabnya..tak study lahh. makan je lebih XD