Saturday, July 2, 2011

Sakit pakai braces??!

Bercakap tentang braces, pasti sesetengah orang rasa ngeri nak pakai. Ya! Mula-mula aku pun rasa takut nak pakai. Yelah lagi-lagi dengar macam-macam cerita menakutkan seperti tak boleh makanlah, gusi selalu berdarah lah, sakitlah dan sebagainya. Tapi, ibu asyik desak suruh pakai. Dia cakap gigi aku sengetlah, tak lawalah, tak teraturlah. Aku pun rasa gigi aku tak lawa. Jadi aku pun pakai jelah braces. Sebenarnya, tu braces traditional punya. Sekarang dah ada yang moden untuk kurangkan sakit dan pakai dalam masa yang singkat je.

Hari esok aku mula pakai braces. Siapa cakap tak takut pakai braces? Aku takut tau. Aku dari kecik memang alergik betul dengan doktor gigi. Sejak dari sekolah lagi. Bila doktor gigi datang sekolah je, rasa nak sorok je kad cek gigi tu. Aku pernah gigit jari doktor gigi masa dia cabut gigi aku. Haha. Padan muka! Sape suruh inject kuat-kuat dan sakit sangat. Sekarang nie aku hanya mampu keluarkan ayat sedapkan hati je. "Raihana, kau bukan nak beranak pun. Kau nak pakai braces je. Beranak lagi sakit tau". Tulah ayat untuk sedapkan hati aku.

Aku ada dua kawan pakai braces. Sorang cakap doktor bagi bius untuk tak bagi sakit. Tapi masa buat tu gusi berdarah teruk dan tak boleh makan 2 minggu. 2 minggu??? Nampak tak? Bermakna sakit sangat tu. Terpaksa makan bubur je dua minggu. Ok, yang sorang lagi pulak cakap sakit sikit je sebab dia nak pasang je. Lepas dua tiga hari dah boleh makan.Tapi doktor tak bagi biuslah. Tapelah sakit pun. Janji 3 tahun lagi gigi aku macam Fazura. Hohoho.



Gigi dia cantikkan?

3 comments :

dwaty said...

rasa cam nak pakai juga... tapi tula.. tak jumpa lagi klinik yang berdekatan putrajaya ni... n kos nya bape... huhuhuhu...

eye inn said...

kosnya dlm Rm 4900. tp tak byr sekali gus. permulaan 1000. hehe. jomlah pkai. leh wat geng braces...

♥ ♥ ♥" Aina MOI " ♥ ♥ ♥ said...

sakit x ? saya takut nak pakai braces tu ..walaupun ibu saya suruh saya pakai