Monday, August 8, 2011

Jalan-jalan bersama girlfriends :)

Ceritanya bermula begini. Kami pergi Pasar Seni untuk ambil bajuk kelas. Pusing-pusing kat area tu, tiba-tiba terjumpa Petaling Street @ Chinatown. Pastu jalan-jalan lagi tambah sesat-sesat lagi jumpa Mydin kt Plaza Rakyat. Hoho. Lepas tu tiba kat stesen bas Pudu. Cantik dah renovate! Satu malam sahaja sudah sampai banyak tempat. Baru tau semua tu dekat-dekat je selama nie. :)  








COMELKAN HOUSEMATES SAYA! 

p/s: Kepada Ekin Johari. Nanti kami bawa anda pergi sini ea. hehe. Kita pergi sekali lagi.

Saturday, August 6, 2011

Amalan-amalan istimewa pada bulan Ramadhan =)

Assalamualaikum readers. Entry ini merupakan post yang ke 31. hohoho. Nampak benar malas meng'update'nya. Memandangkan sudah hampir seminggu bulan Ramadhan. Hari ni saya nak memberi sedikit informasi tentang amalan istimewa bulan Ramadhan. Yup! memang ramai dah tahu. Tapi bagi yang terlupa, marilah kita sama mengimarahkan bulan ini bersama-sama ^^.  Antara amalan-amalan yang istimewa dalam bulan Ramadhan ialah SOLAT TERAWIH, BERTADARUS, MENANTI LAILATUL QADAR, IKTIKAF DI MASJID DAN BERSEDEKAH.


Bagi yang tidak mampu bertadarus, biasakan membaca surah-surah berikut:



  • Surah Yasin yang menjadi jantung Al-Quran.
  • Surah Ar-Rahman yang menjadi gadis pengantin Al-Quran.
  • Surah Al-A'la yang dicintai Rasulullah.
  • Surah Al-Fatihah yang paling mulia di antara semua surah.
  • Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran yang menjadi penaung di hari akhirat bagi yang membacanya.
  • Surah Al-Kahfi yang pembacanya akan dinaungi malaikat.
  • Surah Al-Mulk yang memberi syafaat kepada pembacanya.
  • Surah "Alif Lam Tanzil" dan "Tabarakallazi" yang selalu menjadi bacaan Nabi sebelum tidur.
  • Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas yang menjadi tempat berlindung diri kepada Allah.
  • Ayat Kursi yang menjadi seutama-utama ayat.
  • Surah Al-Zalzalah yang dipandang separuh daripada Al-Quran.
  • Surah Al-Kafirun yang dipandang seperempat daripada Al-Quran.
  • Surah Al-Ikhlas yang dipandang sepertiga daripada Al-Quran.

Salam Ramadhan semua. Babai. Nak pergi masak bubur lambuk. =)