Tuesday, October 18, 2011

Sweet+Comel~

Dalam banyak-banyak quotes dekat tumblr. Yang ni paling best and tersangat suka. Sweet <3. "she will call you, mommy". Hihi




Dan jugak terjumpa video comel ni. Sangatlah sweet. Yang last sekali tu best. Saya terima nikahnya 100 percents. Hihi. Tak pass akad nikah tu. Comel+Sweet.... Suka, suka, suka~






Saturday, October 15, 2011

Chocoholics: Coklat Dove tersangat sedap!

Tipulah kalau orang cakap tak minat coklat. Lagi-lagi perempuan kan. Kalau merajuk sikit, boyfriend bagi coklat. Kalau dah tak tahu nak bagi present birthday ape, bagi je coklat. Hihi. Saya pun begitu. Sebelum ni, saya amat gilakan coklat Van Houten. Pergi kedai wajib beli coklat satu. Dalam peti ais pon wajib ada coklat sampai ibu bising cakap nanti gemuk la, gigi rosakla. Bercakap pasal gigi rosak. Setakat ni gigi tak pernah berlubang dan kena tampal lagi walaupun hampir setiap hari makan coklat. 

Korang pernah dengar coklat Dove tak? Bukan syampu Dove tu je ada tau. Masa mula-mula jumpa coklat ni memang tak tertarik langsung. Lagi-lagi tengok brand tu macam tak terkenal pun. Ingatkan pengeluar syampu Dove dah buat produk baru berasaskan coklat pulak. Tapi aritu masuk 7e, tiba-tiba terbuka niat nak makan coklat ni. Sumpah sedap gila! Rasa dia lembut-lembut dan coklat lebih. Cadbury pun kalah tau~ Lalala. Selalunya kita akan rasa coklat yang terlebih manis or susu and makan sikit je dah rasa muak. Dove memang sesuai dengan taglinenya, 'DOVE SILKY SMOOTH CHOCOLATE'. Makan sekali, pasti nak lagi. Hohoho.

Gambar kat bawah ni antara coklat-coklat yang sedap. Tapi Dove tetap di hati. hehe.

Coklat rasa pahit-pahit sikit and pure coklat



Yang nie semua orang makan kan. hehe


Sehari je boleh habis ni



Ha, yang ni pon sesedap Dove jugak! 



Yang ni pon boleh tahan~



Craving more~


Sedap!


Ni tak berapa sedap (Bagi saya la)



Yang ni biasa2 je~




Saturday, October 1, 2011

Yana Samsudin comel!

Seriously, rasa berat gila nak mula buat assignment. Ingatkan online dapat mengembalikan mood untuk membuat assignment. Apatah lagi melihat status semua orang yang busy membuat kerja. Tapi still camtu jugak. Haish -.-'. Penyakit M.A.L.A.S memang susah nak dikikiskan. Alang-alang buang masa, biar sampai sepuas-puasnya. Hehe. Suka tengok Yana Samsudin. Kelakar dan comel. Untung siapa yang dapat dia nanti. Pastu tengok blog dia tadi and video-video yang dia post. Kelakar la Yana. Yana, I love youuuu. Jom tengok video bila Yana jadi make-up artist. Walaupun kena marah, dia boleh buat lawak lagi.




(Video credit to You Tube)