Saturday, October 15, 2011

Chocoholics: Coklat Dove tersangat sedap!

Tipulah kalau orang cakap tak minat coklat. Lagi-lagi perempuan kan. Kalau merajuk sikit, boyfriend bagi coklat. Kalau dah tak tahu nak bagi present birthday ape, bagi je coklat. Hihi. Saya pun begitu. Sebelum ni, saya amat gilakan coklat Van Houten. Pergi kedai wajib beli coklat satu. Dalam peti ais pon wajib ada coklat sampai ibu bising cakap nanti gemuk la, gigi rosakla. Bercakap pasal gigi rosak. Setakat ni gigi tak pernah berlubang dan kena tampal lagi walaupun hampir setiap hari makan coklat. 

Korang pernah dengar coklat Dove tak? Bukan syampu Dove tu je ada tau. Masa mula-mula jumpa coklat ni memang tak tertarik langsung. Lagi-lagi tengok brand tu macam tak terkenal pun. Ingatkan pengeluar syampu Dove dah buat produk baru berasaskan coklat pulak. Tapi aritu masuk 7e, tiba-tiba terbuka niat nak makan coklat ni. Sumpah sedap gila! Rasa dia lembut-lembut dan coklat lebih. Cadbury pun kalah tau~ Lalala. Selalunya kita akan rasa coklat yang terlebih manis or susu and makan sikit je dah rasa muak. Dove memang sesuai dengan taglinenya, 'DOVE SILKY SMOOTH CHOCOLATE'. Makan sekali, pasti nak lagi. Hohoho.

Gambar kat bawah ni antara coklat-coklat yang sedap. Tapi Dove tetap di hati. hehe.

Coklat rasa pahit-pahit sikit and pure coklat



Yang nie semua orang makan kan. hehe


Sehari je boleh habis ni



Ha, yang ni pon sesedap Dove jugak! 



Yang ni pon boleh tahan~



Craving more~


Sedap!


Ni tak berapa sedap (Bagi saya la)



Yang ni biasa2 je~




1 comment :

Anonymous said...

ha'ah. sangat best. =)