Tuesday, November 29, 2011

Holiday Part 1

Saya sedang menghabiskan cuti saya yang boleh dikira sangat OHSEM! Kali ni saya menghabiskan cuti dengan melakukan perkara-perkara berfaedah berbanding yang lepas-lepas. Kalau yang lepas dulu, cuti dihabiskan dengan tidur. Kali ini saya pergi berjalan-jalan dengan famili ke KLCC, Petrosains, Jalan TAR dan makan-makan di Satay Haji Samuri. Sangat bosan masuk Petrosains. Nie dah kali ketiga pergi. Terpaksa jugak masuk sebab adik-adik yang request nak masuk. Haha memang 'terbaik' bila abah cakap boleh pergi lagi lepas ni. Huuuu, tade feeling pun jalan dalam tu. Shopping dengan ibu memang penat. Semua kedai dia masuk. Bila kami dah tak larat nak ikut, kami angguk je dan hasut, "Cantik bu, belilah. Kesian kat orang kedai ni". Haha. Oh, itu baru pertama. Minggu kedua nak pergi Kuantan pulak. That means tomorrow lah. Hihi. Tak sabar nak makan keropok lekor, sata dan otak-otak di tepi pantai. Sekian~





Jom cuba rasa angin puting beliung


Dinosour yang menyambut anda dengan menyanyi-nyanyi






Saintis olok-olok~

Dah. Malas nak upload. Internet lembab. Benci~







Saturday, November 12, 2011