Friday, December 30, 2011

Tag, tag dan tag :)

1 . Post this rules 
2 . Write ELEVEN thing about yourself auww .
3 . Answer the question that the taggers have set  for you 
4 . Create ELEVEN new question foe the people you have tagged to
answer
5 . Choose at most ELEVEN blogger & at least SIX blogger to be 
tagged to answer those new question
6 . Paling penting ! NO TAG BACK ~


Terkejut tiba-tiba dapat tag dari MIAAMALINA.  Hehe. Pening-pening menjawab. Tapi gigihkan jugak menjawab. Dari tade keje nak buatkan. Hohoho. Tq MIAAMALINA. :)

Question no 2: Eleven thing about myself

~ Saya suka coklat. Bukan suka tapi SANGAT SUKA! hehe wajib beli setiap kali pegi mana-mana...
~ Addicted to cute stuff. Jadi, sangat pantang untuk menjejakkan kaki di gift shop!
~ Suka makan sayur warna hijau. Kenapa? Sebab rasa sayur warna hijau lagi sedap dari sayur warna oren.     Ahha..
~ Gilakan warna merah sampai ibu tak kasi beli baju warna merah lagi...
~ Teringin menjejakkan kaki di bumi anbia. Insyaallah one day. Masa konvokesyen angah maybe. (separuh soalan lagi. Fuhh!)
~ Suka jalan-jalan especially dengan family sebab nanti dapat duit. Hohoho..
~ Love my friends. Susah hidup tanpa kawan. Kita saling memerlukan.
~ Satu hari nanti, nak belajar bahasa mandarin because my grandma is a chinese woman.
~ Mudah menyerah kalah bila rasa susah untuk buat satu perkara.
~ Punya banyak bad habit yang susah nak dikikis.
~Saya berharap memang saya pemilik tulang rusuk kiri awak :)

Question no 3:  Soalan yang di tag

~ Huruf tengah-tengah antara A-Z ialah M kot.
~ Benda yang menceriakan hidup saya ialah family dan benda yang saya suka buat. Ahha.
~ Absolutely not. Belum cukup perfect lagi. Nobody is perfect kan kan.
~ Pandangan saya terhadap orang tag saya ni comel sebab suka warna pink, peramah dan jiwang. Haha
~ Jika terpaksa memilih anta cinta dan cita-cita, saya pilih cita-cinta boleh? hehe.
~ Ermmm, seberapa penting blog ea. Rasanya 50-50 kot sebab malas nak update dan boleh merepek.
~ Sudah bersama selama 2 tahun lebih. Kih3.
~ Tempat hangout paling best tentulah rumah sendiri. Haha. Selain tu, Times Square kot.
~ Tentulah drama korea yang best sebab episod sikit, tak banyak merepek-repek dan yang penting romantik.
~ Saya 50-50 dengan warna pink. Hihi. Kadang-kadang rasa geli tapi cute stuff banyak warna pink.
~ 1+1=2

Question no 4: Soalan-soalan untuk orang yang di tag oleh saya

1. Negara mana yang korang nak sangat pergi?
2. Artis mana yang paling korang minat?
3. Apakah hobi korang di masa lapang?
4. Tempat kat Malaysia yang paling best pernah pegi?
5. Pilih salah satu antara vanila dan coklat. Sebab?
6. Ciri-ciri lelaki idaman korang?
7. Impian korang di masa hadapan?
8. Antara family dan kekasih, yang mana korang pilih? hehehe
9. Movie terbaik yang pernah tonton?
10.Haiwan apa yang korang paling suka? dan kenapa?
11.Apakah pandangan pertama korang masa mula-mula tengok blog ni? haha


Mangsa-mangsa saya ialah 

Ezza Ezzaty



Kamsahamnida!

Monday, December 26, 2011

Novel Gemersik Kalbu dan Bicara Hati jadi drama~

    Mesti semua sudah sedia maklumkan yang drama Gemersik Kalbu akan menggantikan Tentang Dhia dalam slot Akasia di TV3 pada 2 Januari 2012. Drama ni juga adaptasi daripada novel popular hasil karya Anis Ayuni. Sekarang ni makin banyak orang buat cerita adaptasi daripada novel. Tak lama lagi jugak ada drama Bicara Hati hasil karya Damya Hanna dekat Astro Prima pada 3 Januari 2012. Novel ni sangat popular dulu. Kalau cakap pasal novel, mesti orang akan sebut dan cadangkan baca novel Bicara Hati. Novel wajib baca ni tau! Dalam drama ni, Sharnaaz pegang watak Tengku Shahran dan Cristina Suzanne sebagai Zahlia. Apapun harap-harap cerita-cerita tersebut best macam Nora Elena.







    Ok berbalik cerita tentang drama Gemersik Kalbu, drama ni dibintangi oleh Aqasha dan Ayu Raudhah sebagai hero dan heroin. Teringat masa sekolah menengah dulu, dah 3 kali khatam baca novel ni. Sangat best dan sedih. Dannnn yang lebih menarik perhatian saya untuk membaca tentulah sebab nama watak perempuan ialah RAIHANA. Hihihi. Raihana dalam cerita tu pun seorang cikgu jugak. : ). Eh eh tiba-tiba terperasan pulak kan. 

Klik sini untuk info lebih lanjut Gemersik Kalbu

Thursday, December 22, 2011

Wajah Baru~

Perasan tak, perasan tak? Blog ni dah tukar background baru. Saya telah mengambil masa berjam-jam untuk pilih yang mana satu. Semua cantik. Mengantuk dibuatnya. -_-'. Nak sumbat semua dalam blog ni boleh??! Saya rasa nak ambil yang polka dot tapi besar sangat dotnya. Nak ambil yang bunga-bunga tapi serabut pulak. Nak ambil yang warna merah tapi merah dia tak cantik. Susahkan cari background warna merah. Nak ambil yang pink ada love-love tapi terasa girly pula. Dannnn GELI.  Haha. Tampar nak? Cerewet sangat kan... Saya pun dah tukar  title blog ni daripada Coretan Cik Blossom kepada Dia Hanyalah Raihana sebabnya terasa geli pulak nama blog tu. Hehe. Saya pilih yang simple je. Background simple dan title pun simple. Simple-simple pun terasa kemas. Hehehe.


Background before~

Yang bawah ni antara background comel-comel






Cantik-cantik an? Tapi rasanya tak sesuai lah. Cari background untuk tumblr lagi senang rasanya. Siapa ada tumblr bolehlah melawat tumblr saya. URLnya http://raihanarahman.tumblr.com/  :)



Sunday, December 18, 2011

Betul ke Money Drop seperti judi?

     Betul ke rancangan game show Money Drop berbentuk judi? Saya lihat ramai berkata demikian. Di Facebook dan forum-forum ramai berbincang mengenainya. Saya telah lihat salah satu facebook siapa entah. Tak berapa ingat. Tapi ada sedikit pergaduhan di situ. Sesetengah menyokong dan sesetengah membantah rancangan tersebut. Apabila wang sudah menguasai manusia, memang pendapat orang lain tidak mudah diterima. Apa yang saya lihat, game show tersebut seperti judi. Tapi ada dua permasalahan di situ. Sesetengah orang cakap, konsep permainan macam jawab dan menang. Bila kita dapat jawab soalan, kita dapat duit. Sesetengah lagi cakap, sama seperti pertaruhan. Kita pertaruhkan duit kita untuk menang. Yeah! Exactly.

   Setiap agama melarang perbuatan judi kerana merupakan perbuatan sia-sia dan punca segala kejahatan. Contohnya, dalam agama Kristian turut mengatakan bahawa "Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub dan berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

   Saya bukanlah hendak memandai-mandai menjatuhkan hukum haram, syubhah, halal, harus dan lain-lain. Tetapi jika kita was-was tentang sesuatu perkara, lebih baiklah kita tinggalkan. Bila berhadapan dengan perkara syubhah hendaklah tinggalkan untuk elakkan dosa. Duit yang syubhah kita makan dan guna tu akan menjadi darah daging. Amalan tidak akan diterima dan doa ditolak sekiranya ia haram. Saya rasa game show macam ni buat orang malas berusaha je. Yelah, bila kita dah dapat duit berkepuk-kepuk macam tu lebih baik resign and bukak bisnes.

Info lanjut boleh klik sini tentang judi!





Sunday, December 11, 2011

Holiday part 2

Bila time-time cuti ni mesti ramai orang mula mengawan. Sampai tak menang tangan nak pergi mana satu jemputan. Hohoho. Last-last pergi satu or dua jemputan je. Mana taknya, sehari dapat tiga jemputan. Tak apa, at least ada benda nak buat daripada duduk terperap di dalam rumah. Hihi. Kalau pergi kenduri, saya akan tertunggu-tunggu time nak balik bila mana tuan rumah akan bagi buah tangan tanda terima kasih. Biasanya kenduri kahwin di Pahang, tuan rumah akan bagi sebuah beg kertas bunga-bunga dan dalam tu ada gubahan sapu tangan, telur, gula-gula, kerepek-kerepek, kuih-kuih or kek. Ye, memang cantik. Ada jugak yang lebih kreatif menggantikan sabun dan menggubahnya bersama bunga (bayang sendiri. Tak reti nak describe macam mana). Hehe. Tapi kali ni sungguh kreatif tuan rumah tu. First time pergi kenduri dapat gelas bunga-bunga, makanan bersama air kotak lagi dan pen berwarna emas. Cantik!




suka simpan buah tangan kenduri orang bagi




Yang ni hanya dapat bila jadi special guest :'D

Saya juga telah mencuba resepi Korean Egg Roll. Kih3. Feeling-feeling Korean lah tu kan. Kalau kita search google, ada perbezaan antara  chinese egg roll (macam bentuk popiah) dan korean egg roll. Tapi korean egg rol comel je. Ada orang buat macam telur dadar, gulung-gulung and then potong je. Ada juga yang letak inti kat dalam pastu gulung dan potong. Lepas tu boleh letak dalam bento box dan bawa pergi kelas or picnic. :)





Lepas ni boleh cuba wat bibimbap pulak. Hihik~