Sunday, December 18, 2011

Betul ke Money Drop seperti judi?

     Betul ke rancangan game show Money Drop berbentuk judi? Saya lihat ramai berkata demikian. Di Facebook dan forum-forum ramai berbincang mengenainya. Saya telah lihat salah satu facebook siapa entah. Tak berapa ingat. Tapi ada sedikit pergaduhan di situ. Sesetengah menyokong dan sesetengah membantah rancangan tersebut. Apabila wang sudah menguasai manusia, memang pendapat orang lain tidak mudah diterima. Apa yang saya lihat, game show tersebut seperti judi. Tapi ada dua permasalahan di situ. Sesetengah orang cakap, konsep permainan macam jawab dan menang. Bila kita dapat jawab soalan, kita dapat duit. Sesetengah lagi cakap, sama seperti pertaruhan. Kita pertaruhkan duit kita untuk menang. Yeah! Exactly.

   Setiap agama melarang perbuatan judi kerana merupakan perbuatan sia-sia dan punca segala kejahatan. Contohnya, dalam agama Kristian turut mengatakan bahawa "Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub dan berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

   Saya bukanlah hendak memandai-mandai menjatuhkan hukum haram, syubhah, halal, harus dan lain-lain. Tetapi jika kita was-was tentang sesuatu perkara, lebih baiklah kita tinggalkan. Bila berhadapan dengan perkara syubhah hendaklah tinggalkan untuk elakkan dosa. Duit yang syubhah kita makan dan guna tu akan menjadi darah daging. Amalan tidak akan diterima dan doa ditolak sekiranya ia haram. Saya rasa game show macam ni buat orang malas berusaha je. Yelah, bila kita dah dapat duit berkepuk-kepuk macam tu lebih baik resign and bukak bisnes.

Info lanjut boleh klik sini tentang judi!