Wednesday, December 19, 2012

Resepi Black Pepper Chicken Chop Mudah =)

Assalamualaikum. Annyeong haseyo! :) fuuhh! finally I did it by my own. Sebab teringin sangat nak makan, maka saya pun do it by myself. Entahlah sedap ke tak. Tapi my lil sister siap suruh pergi goreng lagi ayam sebab dah habis dan nak tambah. Agaknya sedap kott. hee. Over pulak. haish. Resepi ni ringkas je. Saya ambil dari buku resepi chef Hanieliza. Tapi ubah sikit mengikut selera sendiri. huhu. Nak tengok hasilnya? tadaa.....




bahan-bahan untuk ayam:

2 ketul paha ayam
4 sudu makan tepung serbaguna/ayam goreng
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)/serbuk lada putih
2 biji bawang putih (optional)
1 cawan minyak masak

cara-cara membuat:

1. Debone kan ayam (kalau malas boleh biar je) dan bersihkan.
2. Perap ayam dengan lada hitam/putih dan bawang putih selama beberapa jam.
3. Salutkan ayam dengan tepung serbaguna/ayam goreng
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

..........................................

bahan-bahan untuk sos lada hitam:

 1/2 labu bawang besar/holland (dipotong dadu, ditumbuk atau dikisar pun boleh)
1 ulas bawang putih (dicincang)
 2 sudu makan lada hitam (dikisar)
2 sudu makan sos tomato
 2 sudu makan kicap (boleh jugak ikut selera masing-masing)
1 cawan air rebusan tulang ayam/ stok ayam/ kiub ayam
1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air) (tepung gandung pun boleh kalau tak ada)
2 biji kentang (direbus dan dilenyek)
garam dan sedikit gula
minyak untuk menumis

cara membuat sos lada hitam:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air rebusan tulang ayam/ stok ayam/ kiub ayam
3. Apabila sudah sedikit pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap, bancuhan tepung dan kentang yang lenyek.
4. Kacau sehingga sebati dan masak megikut kepekatan sos yang dikehendaki. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan kuah dengan ayam yang telah digoreng tadi.

Mudah dan senang je kan. Selamat mencuba. Kamsahamnida. Syukran :)




Thursday, December 13, 2012

Balaghah

Assalamualaikum. Annyeong haseyo! Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum~. :D. Pernah dengar nama balaghah tak? Ini bukan nama tempat tau. Tadi, masa tengah baca-baca blog orang lain dan diorang pandai cakap Arabic. Wahh, pandainya dan rasa rindu nak belajar Arab datang tiba-tiba. Masa form 1 dulu, Arabic la subjek yang paling tidak suka. Yela kan asyik fail je. Tak faham pulak tu. Bila dah berjaya dapat A masa PMR. Rasa sayang nak drop masa SPM. Tapi time SPM, kecundang pulak. Dapat B je. Tapi sekarang bahasa Arab saya dah tumpul.

Berbalik pada topik asal, balaghah ni adalah pepatah atau perumpamaan Arab. Saya suka topik ni. Sebab kita boleh tahu banyak pepatah Arab dan kiranya sebagai motivasi jugaklah kalau tengah 'down' ke or gembira ke dan sebagainya. Contoh pepatah yang masih ingat lagi, kalau nak exam je mesti orang akan cakap 'man jadda wa jada' (siapa berusaha dia berjaya) or 'man zara'a hasoda (siapa menanam dia yang menuainya). Ha! lagi satu pepatah yang paling popular. 'Al ilmu bila amalin ka syajaratin bila tsamarin' (ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah). 

Indahkan bahasa Arab. Teringat kenangan masa sekolah dulu kena hafal nahu, fi'il, zaraf dan sebagainya. Bagi adik-adik yang taksub kat k-pop tu. Boleh belajar Korean sebab dapat tambahkan pengetahuan dan sekadar menuntut ilmu atau bahasa lain. Tapi jangan lupa Arabic lagi penting. Yela, masa kita pergi haji nanti takkan kita nak cakap Korean pulak kan. Ha, masa tula Arabic penting. Kita boleh guna masa pergi umrah, haji atau melawat negara-negara Arab kan. Plus bahasa Arab kan bahasa syurga. Ma'as salama. :)


Thursday, October 11, 2012

Sakit pakai braces part 2??!



Assalamulaikum 

Ok. Setiap kali saya buka blog sendiri and tengok kat Live Traffic Feed tu. Entry yang mostly di viewed ialah sakit pakai braces. So, saya membuat andaian bahawa mungkin orang-orang tengah search pasal braces or orang yang baru mula nak pakai braces tengah membuat kajian sama ada sakit ke tak pakai braces. Ye, sama seperti gue jugak dong masa mula-mula nak pakai braces. Satu hari masa dihabiskan dengan membuat research. Siap tanya kawan-kawan yang pakai braces soalan yang sama hampir setiap hari. Hew hew hew. Nasib tak makan penampar.


Bagi saya, tahap kesakitan braces tu bergantung pada jenis braces dan si pemakai. Jika si pemakai kental maka ia tidak sakit. hoho. Braces ada macam-macam jenis. The latest one agak kurang sakit sikitlah. Tapi semakin kurang sakit, semakin mahal harga buat braces. (°_o). Masa before pakai dulu, ada kawan cakap tak boleh nak makan 2 minggu sebab berdarah. Tapi ada yang cakap seminggu je sakit tapi tak ada pape.





Traditional braces




Damon braces



Invisalign braces





Lingual braces


Actually ada banyak lagi jenis braces. Tapi malas nak upload. Mula-mula saya pakai braces dulu memang agak sakit jugak. Rasa gigi ditarik-tarik. Bila gosok gigi pun rasa gosok besi. Memang tak selesa. And siap demam lagi. Bukan demam je, nightmare gigi tertanggal pun ada. Mungkin proses penyesuaian kot. Makan dekat cafe or ngan kawan-kawan pun malu. Lagi-lagi tak biasa sebab makanan lekat celah-celah braces. Tapi lepas 2-3 bulan, korang rasa okay sikitlah. Sebab dah biasa and gigi pun dah teratur sikit masa tu.

Setiap pemakai braces mesti akan cakap tumbuh ulser dalam mulut. Ye memang. Tapi ada yang kena banyak, ada yang kena sikit. Saya ada 4 ulser dalam mulut. Tapi dah lama-lama pakai, ulser pun tak ada. Soal gigi berdarah tu sebab bila gigi ditarik, maka besi braces pun panjang. So, dia mencucuk gusi kat belakang. Agak terseksa jugak. Korang jugak akan merasa sakit gigi setiap kali selepas membuat appointment setiap bulan. 

Bab makan pulak. Memang mula-mula pakai doktor ada cakap, "makan benda lembut macam bubur and mee. Pastu ayam kena racik-racik jadi halus. Daging jangan makan. Makan ikan lebih baik. Air masam and bergas pun kurangkan minum sebab takut menghakis braces and braces tertanggal. Buah masam and fast food pun kurangkan". And bla bla bla. Mampu tinggalkan semua tu? hahah. Mula-mula je jadi budak baik yang ikut cakap doktor. Lepas 3 bulan, marukku, kerepek, daging dan segala bagai makan. And doktor pun boleh detect sebab dia cakap gigi ada sikit injured. Ok. Bab makan tu rasanya boleh makan tapi kurangkan. Bila gigi dah teratur and stabil sikit bolehlah melantak lebih sedikit. Hew hew hew.

p/s: Ni pun gigi masih rasa sengal-sengal lepas appointment aritu

Wednesday, October 3, 2012

sebak... kisah pengajaran



Assalamualaikum

Saya nak kongsikan satu cerita buat anda-anda di luar sana. Cerita ni saya copy dari facebook. Memang sedih and sebak baca. Lagi sebak bila pak cik tu cakap "susohnya nok cari rezeki untuk anok-anok... makan minum pun tak tentu".

Kisah Pengajaran untuk kita

Rasanya semua org di Msia pernah terserempak dgn saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta2 mewah sewaktu dengannya yg beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut sy boleh ckp kelantan, biarpun sy bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara sy membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yg 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, sy kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Sy tanya abang ada anak? Anaknya 3 org di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila sy bgtau sy nk beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal2. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf ckp, kalau dirumah sy dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabah. Agaknya mcm ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Sy melihat dlm purse, ada duit RM50 sekeping. Sy beri padanya, dan bila dia nak bagi balance sy kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah sj yg tahu apa yg dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yg duduk dlm kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Sy cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri sy.
'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'

Dia masih sebak, sy tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dlm kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & Shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yg dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yg menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dgn cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bg untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yg sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.

Kredit : Cik Puan Shila Razlan


p/s: Ya Allah, syukur atas rezeki MU. Semoga Allah murahkan rezeki pak cik ni sekeluarga. Tape miskin harta dunia, akhirat dapat ganjaran lebih baik. Allahurobbi~





Sunday, September 16, 2012

3rd years

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama biarkan blog nie sepi...
Tapi tak apa...
Bukan blog famous pun... hihik


Walaupun anniversary dah lepas...
9 September hari tu...
Tapi tetap jugak nak update pasal anniversary...
Awak...Happy anniversary yang ketiga buat kita ;)


Bak kata orang...
Kita jangan mintak atau berdoa orang yang kita suka sebagai jodoh kita...
Sebab seolah-olah kita mengarahkan Tuhan supaya jodohkan si polan dengan kita...
Tapi lebih afdhal kalau kita berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik-baik dan soleh...
Atau juga panjangkan jodoh kita dengan si polan andai dia memang untuk kita...


Jadi...
Saya berdoa, kalau memang saya pemilik tulang rusuk kiri awak...
Saya doakan jodoh kita berpanjangan hingga akhir hayat...
Sentiasa dalam keberkatan dan lindungan NYA...
Dan selamat langsungkan munakahat kita akan datang... Amin





Sunday, March 4, 2012

Sudah layak mengundi + nikah... ;)

Kih kih kih... tajuk nak semenggah je kan. Yeay, saya berjaya tidak meng'update' blog lebih sebulan. Dulu, at least sebulan ada juga 1 entry. Ini disebabkan kesibukan yang melampau hingga menimbulkan kekangan waktu untuk meng'update'. Cehh...


Pengumuman! Pengumuman! Saya dah 21 ok. Hihi. Baru je celebrate 26 hb hari tu with all beloved people. Malam 25 hb celebrate with family in Kuantan. 26 hb sambut with Encik Hati dan balik-balik rumah je dapat kek comel-comel dari best friend tersayang, Ain. Thanks a lot people. Dan terima kasih juga kepada yang wish melalui sms, facebook dan twitter. :) Lepas ni nak pergi daftar mengundi. Hohoho.


In my happiness, saya juga terfikir-fikir, yes I'm 21 y/o already. Rasanya bukan lagi dicop gatal kalau fikir soal nikah pada umur macam ni. Bulan Februari lepas ada banyak jemputan kahwin and the most memorable is my cousin wedding. He is the first among all my cousin that ends up his single life. Yup, I feel a bit jealousy. Hehe. Bila la turn saya pulak kan. Maka dari itu, saya pun mulalah berangan-rangan kan. Saya belek-belek laman web ni, laman web tu untuk tengok-tengok rancangan perkahwinan. Memang tak dek kerjakan walaupun assignment berlonggok. Hoho. Sesiapa yang kekurangan bajet dan mahu rancang perkahwinan anda dengan wisely bolehlah pergi click link ni setelkahwin untuk merancang perkahwinan anda. Hehe.

Saya juga telah terjumpa satu website dan menurut website tu, barang hantaran tak perlulah i-pad, laptop, blackberry dan gadget-gadget bagai. Lebih baik bagi toaster, blender, mesin basuh dan lain-lain. Ha, nanti lepas nikah boleh guna bersama kan. Idea yang bijak.

Walaupun nak nikah lambat lagi, tapi mesti kumpul duit dari sekarang. Nati lepas nikah, tak payah pening-pening ada financial problem. I want a simple ceremony but nice and memorable. Saya cop tarikh 15.5.2015. :)




Picture celebrate hari tu =)

Friday, January 27, 2012

Makanan halal (we are what we eat)

Hari ini kita memang susah nak dapatkan makanan yang betul-betul halal. Tengok jelah rancangan 999 baru-baru ni di mana terdapat banyak fast food memakai logo halal JAKIM yang palsu. Sedangkan makanan halal itu sangat penting kerana melalui makanan jugalah peribadi kita terbentuk. WE ARE WHAT WE EAT! Saya sangat kagum dengan sebuah keluarga ni yang juga merupakan kawan kepada my parents. Mereka bukan ustaz dan ustazah tapi mereka sangat pentingkan makanan yang mereka ambil. Apa yang saya tengok, anak perempuan mereka sopan santun, lemah lembut dan sentiasa sedekah senyuman. Walaupun mula-mula tu saya rasa dia ni macam gedik tapi bila kenal lama-lama dia sangat baik hati. 

Adik lelaki dia sebaya adik saya (12 tahun) dan juga best friend adik saya. Can you imagine budak sekolah rendah bukan setakat tengok ada cop halal JAKIM tapi siap tengok ingredient dan kilang yang keluarkan makanan tu lagi bila beli barang dekat kedai. Makanan ringan and fast food pun mereka jarang ambil. Yup, they are really impress me on how they teach their children. Ya, anak lelaki mereka tu juga merupakan seorang penghafaz Al-Quran. Mencari yang halal itu merupakan satu jihad. Janganlah beli makanan yang pakai logo halal tanpa pengesahan dari mana-mana badan yang diiktiraf. Jadi, mungkin salah satu sebab masalah sosial berleluasa hari ini kerana faktor pemakanan kita.

Ibadah dan doa orang yang makan makanan haram tidak diterima. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang penghidupannya dari harta yang haram, maka Allah tidak menerima sedekahnya, tidak menerima amal memerdekakan budaknya, tidak juga menerima hajinya dan umrahnya dan Allah mencatatnya amalnya yang banyak dengan kebatilan dan tiada tersisa amalnya setelah kematiannya sehingga akhirnya ia digiring ke neraka. Tetapi jika ia meninggalkan usaha haramnya itu kerana takut kepada Allah, maka (Allah) masukkan ia ke dalam cinta-Nya dan rahmat-Nya dan diperintahkan kepadanya untuk masuk ke syurga” [102].

Dan ibadah yang dilakukan itu juga sia-sia. Rasulullah saw bersabda, “Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir” (Al-Bihar 103 : 16)