Friday, January 27, 2012

Makanan halal (we are what we eat)

Hari ini kita memang susah nak dapatkan makanan yang betul-betul halal. Tengok jelah rancangan 999 baru-baru ni di mana terdapat banyak fast food memakai logo halal JAKIM yang palsu. Sedangkan makanan halal itu sangat penting kerana melalui makanan jugalah peribadi kita terbentuk. WE ARE WHAT WE EAT! Saya sangat kagum dengan sebuah keluarga ni yang juga merupakan kawan kepada my parents. Mereka bukan ustaz dan ustazah tapi mereka sangat pentingkan makanan yang mereka ambil. Apa yang saya tengok, anak perempuan mereka sopan santun, lemah lembut dan sentiasa sedekah senyuman. Walaupun mula-mula tu saya rasa dia ni macam gedik tapi bila kenal lama-lama dia sangat baik hati. 

Adik lelaki dia sebaya adik saya (12 tahun) dan juga best friend adik saya. Can you imagine budak sekolah rendah bukan setakat tengok ada cop halal JAKIM tapi siap tengok ingredient dan kilang yang keluarkan makanan tu lagi bila beli barang dekat kedai. Makanan ringan and fast food pun mereka jarang ambil. Yup, they are really impress me on how they teach their children. Ya, anak lelaki mereka tu juga merupakan seorang penghafaz Al-Quran. Mencari yang halal itu merupakan satu jihad. Janganlah beli makanan yang pakai logo halal tanpa pengesahan dari mana-mana badan yang diiktiraf. Jadi, mungkin salah satu sebab masalah sosial berleluasa hari ini kerana faktor pemakanan kita.

Ibadah dan doa orang yang makan makanan haram tidak diterima. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang penghidupannya dari harta yang haram, maka Allah tidak menerima sedekahnya, tidak menerima amal memerdekakan budaknya, tidak juga menerima hajinya dan umrahnya dan Allah mencatatnya amalnya yang banyak dengan kebatilan dan tiada tersisa amalnya setelah kematiannya sehingga akhirnya ia digiring ke neraka. Tetapi jika ia meninggalkan usaha haramnya itu kerana takut kepada Allah, maka (Allah) masukkan ia ke dalam cinta-Nya dan rahmat-Nya dan diperintahkan kepadanya untuk masuk ke syurga” [102].

Dan ibadah yang dilakukan itu juga sia-sia. Rasulullah saw bersabda, “Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir” (Al-Bihar 103 : 16)