Thursday, October 11, 2012

Sakit pakai braces part 2??!



Assalamulaikum 

Ok. Setiap kali saya buka blog sendiri and tengok kat Live Traffic Feed tu. Entry yang mostly di viewed ialah sakit pakai braces. So, saya membuat andaian bahawa mungkin orang-orang tengah search pasal braces or orang yang baru mula nak pakai braces tengah membuat kajian sama ada sakit ke tak pakai braces. Ye, sama seperti gue jugak dong masa mula-mula nak pakai braces. Satu hari masa dihabiskan dengan membuat research. Siap tanya kawan-kawan yang pakai braces soalan yang sama hampir setiap hari. Hew hew hew. Nasib tak makan penampar.


Bagi saya, tahap kesakitan braces tu bergantung pada jenis braces dan si pemakai. Jika si pemakai kental maka ia tidak sakit. hoho. Braces ada macam-macam jenis. The latest one agak kurang sakit sikitlah. Tapi semakin kurang sakit, semakin mahal harga buat braces. (°_o). Masa before pakai dulu, ada kawan cakap tak boleh nak makan 2 minggu sebab berdarah. Tapi ada yang cakap seminggu je sakit tapi tak ada pape.





Traditional braces




Damon braces



Invisalign braces





Lingual braces


Actually ada banyak lagi jenis braces. Tapi malas nak upload. Mula-mula saya pakai braces dulu memang agak sakit jugak. Rasa gigi ditarik-tarik. Bila gosok gigi pun rasa gosok besi. Memang tak selesa. And siap demam lagi. Bukan demam je, nightmare gigi tertanggal pun ada. Mungkin proses penyesuaian kot. Makan dekat cafe or ngan kawan-kawan pun malu. Lagi-lagi tak biasa sebab makanan lekat celah-celah braces. Tapi lepas 2-3 bulan, korang rasa okay sikitlah. Sebab dah biasa and gigi pun dah teratur sikit masa tu.

Setiap pemakai braces mesti akan cakap tumbuh ulser dalam mulut. Ye memang. Tapi ada yang kena banyak, ada yang kena sikit. Saya ada 4 ulser dalam mulut. Tapi dah lama-lama pakai, ulser pun tak ada. Soal gigi berdarah tu sebab bila gigi ditarik, maka besi braces pun panjang. So, dia mencucuk gusi kat belakang. Agak terseksa jugak. Korang jugak akan merasa sakit gigi setiap kali selepas membuat appointment setiap bulan. 

Bab makan pulak. Memang mula-mula pakai doktor ada cakap, "makan benda lembut macam bubur and mee. Pastu ayam kena racik-racik jadi halus. Daging jangan makan. Makan ikan lebih baik. Air masam and bergas pun kurangkan minum sebab takut menghakis braces and braces tertanggal. Buah masam and fast food pun kurangkan". And bla bla bla. Mampu tinggalkan semua tu? hahah. Mula-mula je jadi budak baik yang ikut cakap doktor. Lepas 3 bulan, marukku, kerepek, daging dan segala bagai makan. And doktor pun boleh detect sebab dia cakap gigi ada sikit injured. Ok. Bab makan tu rasanya boleh makan tapi kurangkan. Bila gigi dah teratur and stabil sikit bolehlah melantak lebih sedikit. Hew hew hew.

p/s: Ni pun gigi masih rasa sengal-sengal lepas appointment aritu