Thursday, June 9, 2011

Dessert : Resepi Ice Mango

Hari ni nak kongsi satu resepi. Resepi ni dikongsi oleh tuan punya kedai makan. Dekat atas menu, dessert ni dipanggil Aiskrim Mangga. Tapi tak macam aiskrim pun bila dah siap. Mula-mula saya heran jugak. Tapi janji dessert ni sangattttttt sedap hingga titisan terakhir. Itupun kalau pandai buat. Hehehe. Okeyh. Resepi dia tersangatlah senang. Sampaikan adik saya yang berumur 11 tahun tu rajin betul dia buat tiap-tiap hari. Pantang ada mangga kat rumah ni.



Kawan-kawanku sekalian, korang hanya memerlukan 
sebiji mangga, 
ais dalam 8-10 ketul (kalau suka sejuk),
susu dalam 5 sudu besar (kalau suka manis boleh tambah lagi),
air tak mao banyak-banyak tau sebab dah ada ais. Nanti cair tak sedap (air dalam 3-4 sudu besar),
gula (nie bagi yang suka manis-manis).
Lepas tu, boleh la blend semua bahan-bahan tadi.



Jangan pekat sangat, cair sangat dan manis sangat. Nanti tak sedap. 






Rasanya, nama betul dia Ais Mangga kot.



Monday, June 6, 2011

Berat Tulang

Malas juga bermaksud berat tulang dalam peribahasa Melayu.
Dalam bahasa Arab pula malas bermaksud 'kasal'.
Tak tahu jin mana yang telah menghasut saya untuk mempunyai rasa malas.


Ya!
Saya malas nak update blog.
Saya malas nak cantikkan blog letak template cantik-cantik.
Saya malas nak menyusun kata kerana blog.
Saya malas nak bukak laptop (lagi senang bukak TV dari laptop).

Tapi bila dah bukak laptop, saya tak boleh berhenti melukis dekat PAINT dan mencari templates comel-comel. Tapi seharian mencari pun masih tak jumpa templates memuaskan hati.
Biarlah blog tak ada layout comel cam dulu lagi. Janji adalah jugak warna penaik seri. Ohh! First time buat header yang comel sendiri. Biarlah orang kata awak tak comel. Tapi saya rasa awak tetap comel. Hehehe. Tapi saya tak nak letak awak sebagai header. Sebab saya rasa header yang tu lagi comel. Maaf ye!



Ni lah header tu. hihi